[VIDEO] Pemilik premis tak puas hati, netizen 'bekap' pemandu kereta cabut lari lepas langgar tiang khemah


  • Tular
  • Isnin, 07 Okt 2024

Tangkap layar video CCTV memaparkan sebuah kereta yang melanggar tiang khemah berhampiran deretan premis pada Ahad.

TINDAKAN pemandu kereta berlalu pergi tanpa sebarang kata maaf selepas melanggar tiang khemah berhampiran sebuah premis di Taman Desa Permai dipercayai di Melaka pada Ahad membangkitkan kemarahan pemilik kedai terbabit.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di Facebook MD Zin Duasa pada Isnin, pemandu terbabit pada awalnya memasuki perkarangan kedai seperti biasa.

Dalam video sama, pemandu terbabit dilihat tersilap langkah apabila terlanggar tiang besi khemah ketika mengundurkan kenderaannya.

BACA LAGI: Dituduh buat perlakuan lucah di tempat awam, 2 warga asing berdepan hukuman 3 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi

BACA LAGI: Lelaki usia 70 tahun antara 3 suspek ditahan kes kelakuan tak senonoh acara larian kontroversi di Johor

Dia kemudiannya keluar dan memeriksa keadaan keretanya sebelum berlalu pergi tanpa mencari pemilik khemah berkenaan untuk meminta maaf atas kesilapannya.

"Dah kau langgar kedai orang, kau pergi begitu tanpa ada perasaan, tak boleh ganti datanglah mintak maaf, ini macam manusia pun ada," tulisnya.

Video tersebut juga meraih perhatian ramai termasuk sesetengah warga maya yang seakan-akan menegur pemilik premis tersebut.

Mengulas lanjut, pengguna Facebook Hamidun Mansur, tindakan meletakkan binaan atau bumbung melebihi kaki lima premis adalah salah mengikut undang-undang ditetapkan.

"Kalau ikutkan, tak boleh ada binaan melepasi kaki lima dan longkang itu sebab selepas longkang ada jalan tar.

"Kebiasaannya laluan itu khas untuk meletakkan kenderaan, nasib baik penguat kuasa atau majlis tutup sebelah mata, lainlah kalau jalan tar dalam kawasan premis persendirian," katanya.

Namun teguran tersebut nampaknya tidak diterima baik oleh pemilik video berkenaan.

"Tak apa, kau tunggu kereta kau parkir tepi jalan, datang orang langgar lepas itu dia pergi, baru kau tahu apa perasaannya. Kau tengok ikut undang-undang atau tak," balas MD Zin Duasa.

Pihak berkuasa juga boleh mengenakan tindakan tegas mengikut undang-undang di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram