[VIDEO] Wanita warga emas cedera diragut ketika keluar beli surat khabar di Bangsar


  • 112
  • Isnin, 07 Okt 2024

Seorang wanita warga emas (bulatan kecil) cedera di kepala selepas diragut dalam satu kejadian di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin.

SEORANG wanita warga emas cedera di kepala selepas diragut dalam satu kejadian di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin.

Difahamkan, dalam kejadian pukul pukul 6.30 pagi mangsa dilihat berjalan seorang diri sebelum dihampiri suspek yang menunggang motosikal secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 78 tahun itu dalam perjalanan membeli surat khabar.

BACA LAGI: Nyawa di hujung tanduk, Dr Mohd Khir Rezza imbau semula pengalaman rawat tentera parah akibat letupan

BACA LAGI: Cabaran penebang pokok di musim tengkujuh, 14 tahun dalam lindungan ALLAH setinggi 50 meter dari atas tanah

"Ekoran daripada kejadian ragut itu, mangsa mengalami pendarahan di kepala dan masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Siasatan mendapati tiada barangan berharga di dalam beg milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video kejadian wanita warga emas berpakaian merah jambu diragut penunggang motosikal, hingga mangsa jatuh tular di laman media sosial sehingga mengundang amarah orang awam. — Majoritiz

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram