[VIDEO] Satu famili rugi lebih setengah juta ringgit, rumah kena samun 12 lelaki bertopeng depan mata di Klang


  • 112
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Tangkap layar rakaman video keselamatan di kediaman mangsa yang merakam kejadian samun terbabit pada awal pagi Khamis.

SEBUAH keluarga di Pandamaran, Klang, Selangor berdepan detik cemas selepas rumah mereka dimasuki seramai 12 orang penyamun bersenjatakan parang dan memakai topeng muka dalam kejadian pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian tersebut, keluarga terbabit dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM600,000 manakala seorang daripada tiga penghuni rumah iaitu lelaki berusia 37 tahun cedera di bahu akibat ditetak penyamun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu pukul 6.16 pagi.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

6053383725561005302

Kumpulan suspek penyamun bersenjata itu dilihat memanjat tembok rumah terbabit sebelum memasuki kediaman berkenaan.

"Hasil siasatan dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, seramai 10 hingga 12 orang suspek dipercayai warga tempatan menaiki dua kenderaan memanjat tembok pagar rumah banglo tiga tingkat itu sebelum masuk ke dalam rumah.

"Kesemua suspek yang memakai pelitup muka, bersarung tangan dan bersenjatakan parang kemudian memasuki sebuah bilik dan mengikat tiga penghuni rumah itu sebelum menggeledah barangan.

"Ketika kejadian, seorang penghuni berjaya menelefon polis. Sebaik sahaja kereta peronda tiba di lokasi, kesemua suspek segera melarikan diri dengan dua kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kejadian di Klang pic.twitter.com/0aB9bXocu3

— @ (@anthraxxx781) October 4, 2024

Hoong Fong berkata, hasil semakan suspek berjaya melarikan wang tunai, patung sembahyang dan barang kemas bernilai RM600,000.

Menurutnya, mangsa yang cedera ditetak menerima jahitan di sebuah hospital swasta di Klang.

"Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

"Kini pihak polis sedang menggiatkan usaha mengesan serta menangkap suspek kes ini," katanya.

Hoong Fong turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hadir ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram