Hizbullah hantar roket ke Israel tanda sambutan setahun perang Gaza


  • Benua
  • Isnin, 07 Okt 2024

Kesan daripada roket Hizbullah yang disasarkan ke bandar Haifa, Israel.

GERAKAN Hizbullah melancarkan serangan roket ke atas bandar ketiga terbesar Israel iaitu Haifa semasa ulang tahun perang Gaza (7 Oktober) pada Isnin.

Menurut laporan dari Timur Tengah, gerakan dari Lubnan itu melancarkan serangan menyasarkan pangkalan tentera di selatan Haifa dengan menggunakan roket Fadi 1.

Selain itu, mereka turut melancarkan serangan kepada Tiberias, 65 kilometer dari Haifa.

BACA LAGI: [VIDEO] Tentera Yaman siar rakaman serangan terhadap kapal tangki British di Laut Merah

BACA LAGI: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura dijel setahun, didapati bersalah guna kedudukan terima hadiah

Sebelum ini, Hizbullah menyasarkan utara Haifa sebelum melancarkan serangan kedua pada Isnin. Ia turut dilihat sebagai tindak balas terhadap serangan Israel sebelum ini.

Dalam serangan tersebut, seramai lima orang dilaporkan mengalami kecederaan, demikian menurut laporan media tempatan.

Kenyataan daripada tentera Israel menyebut, "Sebanyak lima roket dilancarkan kepada Haifa dari Lubnan dan pemintas juga disasarkan ke arah bandar itu."

Sebelum ini, Israel melancarkan serangan ke selatan Lubnan menerusi serangan roket yang menyasarkan bangunan majlis daerah di pekan Bint Jbeil.

Dalam serangan tersebut seramai 10 ahli bomba Lubnan terkorban. Pada masa sama, seorang tentera Israel terbunuh ketika pertempuran di sempadan kedua-dua negara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram