[VIDEO] Masih perlu diteliti, Kabinet belum buat keputusan langkah hapus subsidi pendidikan anak T20


  • Primer
  • Selasa, 08 Okt 2024

Fahmi berkata, sebarang ketetapan masih belum dilakukan kerana perkara itu masih dalam kajian.

KABINET masih belum membuat keputusan mengenai pemansuhan subsidi untuk pelajar daripada keluarga kaya, kata Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, sebarang ketetapan masih belum dilakukan kerana perkara itu masih dalam kajian.

"Ia masih dalam perbincangan. Ada beberapa perkara yang perlu diteliti," katanya yang juga Menteri Komunikasi selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet pada Selasa.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini membayangkan Bajet 2025 akan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan mengurangkan subsidi untuk 'maha kaya', termasuk pendidikan.

“Peruntukan (pendidikan) akan diagihkan dengan sewajarnya dan untuk menghentikan ketirisan.

"Kami juga mahu menghentikan subsidi tinggi yang dinikmati oleh anak-anak golongan ultra kaya yang sedang bersekolah di sekolah menengah sains," kata Anwar semasa Simposium Kebangsaan Menamatkan Kemiskinan 2024.

Bajet 2025, iaitu yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, pemansuhan subsidi pendidikan untuk anak-anak keluarga daripada golongan kaya di institusi pengajian tinggi awam hanya akan dilaksanakan sebaik sahaja ia diluluskan Kabinet. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram