SEORANG warga emas lelaki maut selepas maut selepas mengalami kecederaan parah ketika melakukan aktiviti paragliding di Jeju, Korea, baru-baru ini.
Memetik laporan media antarabangsa Seongchan Heo, kejadian tersebut berlaku pada 16 Jun lalu dan mangsa yang berusia 60 tahun merupakan seorang pelancong dari luar negara.
Pada waktu kejadian, mangsa gagal mengawal peralatan luncur udara tersebut sebelum tersangkut di tiang telefon voltan tinggi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeju berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 4.35 petang.
"Beberapa orang anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan kami turut meminta kerjasama daripada Korea Electric Power Corporation untuk menutup punca elektrik di kawasan tersebut bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
"Mangsa berjaya diturunkan selepas beberapa jam namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.
Sementara itu, video tersebut turut tular di media sosial dan ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Malaysia sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram