Perubahan hujung minggu akan beri impak kepada 2.5 juta rakyat — MB Johor


  • Primer
  • Isnin, 07 Okt 2024

Onn Hafiz menyambut baik perubahan hari hujung minggu di Johor.

KEPUTUSAN untuk mengubah semula hari hujung minggu di Johor daripada Jumaat-Sabtu kepada Sabtu-Ahad bakal memberi impak kepada 2.5 juta rakyat negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penukaran semula hari hujung minggu itu secara asasnya memberikan kesan positif tetapi penilaian daripada segala aspek masih perlu dilakukan.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan penukaran hari hujung minggu di Johor kembali kepada Sabtu-Ahad pada Isnin.

BACA LAGI: Pemangku Sultan Johor perkenan cuti hujung minggu ditukar Sabtu dan Ahad bermula Januari 2025, titah beri ruang pekerja Muslim tunai solat Jumaat

BACA LAGI: Bukan sebab langgar lari, kakak arwah sahkan atlet Johor meninggal sebab kanser

Penguatkuasaan hari hujung minggu baharu itu akan bermula pada 1 Januari 2025 selepas mendapat perkenanan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mengambil kira pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Menurut Onn Hafiz, perubahan tersebut akan memerlukan kerajaan negeri mengeluarkan garis panduan untuk membolehkan mereka yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat.

Dalam masa yang sama, dia berpendapat dengan perubahan hari hujung minggu tersebut bakal mengurangkan konflik dalam urusan melibatkan sektor awam dan swasta.

"Selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, saya bersama-sama pihak kerajaan negeri akan menilai perubahan hujung minggu dari segala aspek.

"Perubahan ini akan membolehkan keluarga mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama dan meningkatkan ekonomi rentas sempadan," ujar Onn Hafiz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram