Ibu bapa berdepan tindakan jika tak beri pendidikan mandatori kepada anak — Suhakam


  • Primer
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Ibu bapa tidak sepatutnya menafikan hak anak-anak mendapatkan pendidikan rendah.

IBU bapa boleh dikenakan tindakan jika mereka menafikan hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan peringkat rendah.

Menurut Penolong Setiausaha Utama, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Izyan Hazwani Ahmad, ibu bapa boleh didakwa mengikut Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 serta Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya mereka menafikan hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan rendah dari tahun satu hingga tahun enam persekolahan.

Malah, terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah kebajikan dan itu menjadi satu kesalahan.

BACA LAGI: Sesi perbincangan dengan GISBH dah mula sejak 2019 — Jakim

BACA LAGI: [VIDEO] GISB: PM Anwar arahkan ambil tindakan segera

"Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan bahawa pengabaian melibatkan kegagalan menghantar anak ke sekolah boleh menyebabkan hukuman lebih berat.

"Bagaimanapun, kes ini sukar untuk dibawa ke mahkamah kerana dilema kemiskinan tetapi jika jelas terdapat unsur pengabaian, ibu bapa boleh disabitkan," kata Izyan.

Pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Datuk Dr Hartini Zainudin berkata, terdapat ibu bapa yang kelihatan tidak menyedari kepentingan pendidikan rendah terhadap anak-anak.

Malah, kajian mendapati seramai 80 peratus ibu bapa menghantar anak mereka ke rumah kebajikan sebagai alternatif akibat tidak dapat memberikan pendidikan tahap rendah.

"Hasil kajian mendapati 80 peratus kanak-kanak yang dihantar ke rumah amal bukanlah anak yatim sebaliknya datang daripada keluarga yang menghadapi masalah ekonomi, sosial dan keselamatan,” ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram