KIAMAT merupakan peristiwa yang sangat penting dalam kepercayaan umat Islam apabila ia menandakan akhir segala sesuatu di dunia ini.
Merujuk dalam al-Quran, tidak ada satu pun makhluk ALLAH SWT yang akan terlepas dari kiamat.
Dalam menghadapi peristiwa yang menakutkan itu, ternyata terdapat makhluk terahkir yang dikatakan akan menjadi saksi terakhir kehidupan di bumi.
BACA LAGI: [VIDEO] Amalan khurafat pulut kuning sebagai santapan jin, kini dianggap simbol 'pengikat kasih'
Kisah Manusia yang Terakhir mati di Hari Kiamat kelak.
A Thread pic.twitter.com/drtkS93fEO
— Dakwa Pedia (@dakwapedia) October 1, 2024
Tahukah anda siapakah makhluk terakhir itu? Pernahkah anda terfikir?
Memetik penjelasan Dakwa Pedia, ketika hampir semua manusia di muka bumi mati, masih ada seorang manusia terakhir yang hidup.
Mahkluk yang terakhir mati adalah pada hari kiamat adalah seorang penggembala kambing yang berasal dari suku Madinah, menurut laman berkenaan.
"Ketika kiamat berlaku, penggembala kambing ini tidak menyedari bahawa dia adalah satu-satunya manusia yang masih hidup.
"Dia kemudian pergi ke Kota Madinah dan tidak menemui tanda-tanda kehidupan sama sekali.
"Apabila langkah kakinya menjejak tanah Kota Madinah, dia meninggal dunia. Hanya selepas itu, sangkakala terakhir ditiupkan.
"Nabi Muhammad SAW bersabda, "Orang yang terakhir meninggal dari kalangan kalian adalah seorang manusia. Dia tidak mengetahui bahawa semua orang telah mati kecuali dirinya.
"Kemudian, dia masuk bersama kambingnya ke Kota Madinah dan mendapati tiada kehidupan sama sekali. Pada saat dia menjejakkan kakinya di Madinah, dia pun meninggal dunia sebelum ditiup sangkakala terakhir," memetik Dakwa Pedia.
Walaubagaimana pun masih belum banyak perbahasan terperinci dan bukti jelas berkenaan manusia terakhir yang mati pada hari kiamat ini.
Gambaran ketika hari kiamat. — Aceh Global News
Dalam pada itu, memetik penulisan Rahma Harbani dari Detik.com, makhluk yang meninggal terakhir pada hari kiamat adalah kelompok yang dikecualikan dari kematian oleh ALLAH SWT selepas tiupan sangkakala Malaikat Israfil.
"Hal ini disebutkan dalam surah az-Zumar ayat 68:
ونُفِخ فِي الصُورِ فصعِق من فِي السماواتِ ومن فِي الأرضِ إِلا من شاء اللهُ ۖ ثُم نُفِخ فِيهِ أُخرىٰ فإِذا هُم قِيام ينظُرُون
Maksudnya: "Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk yang di langit dan di bumi kecuali yang dikehendaki ALLAH. Kemudian ditiup sekali lagi, maka seketika itu mereka bangkit menunggu keputusan ALLAH."
Menurut penulisan itu, berdasarkan hadis, makhluk yang meninggal terakhir pada hari kiamat adalah malaikat yang bertugas.
"Dalam sebuah buku bertajuk "Dahsyatnya Hari Kiamat," dikatakan bahawa selepas tiupan sangkakala, ALLAH SWT memerintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan kematian. Semua yang ada di langit dan bumi mati termasuk Israfil kecuali yang dikehendaki ALLAH.
"Ketika ALLAH bertanya kepada malaikat Izrail tentang siapa yang masih hidup, Izrail menjawab, "Engkau, Dzat Yang Maha hidup serta Jibril, Mikail dan pembawa 'Arsy."
"Selanjutnya, ALLAH memerintahkan Izrail untuk mencabut roh Jibril, Mikail dan malaikat pembawa 'Arsy secara berurutan. Akhirnya, malaikat Izrail menjadi satu-satunya makhluk yang tinggal.
"ALLAH SWT memerintahkannya agar mati dan ia adalah makhluk ALLAH yang terakhir meninggal," demikian ditulis dalam buku terbitan Qisthi Press.
Dikatakan, apabila penggembala kambing menjejaki Kota Madinah, sangkakala terakhir ditiupkan. — Ihram
"Salah satu bukti bahawa para malaikat juga akan mengalami kematian terdapat dalam surah al-Qasas ayat 88:
ولا تدعُ مع اللهِ إِلٰها آخر ۘ لا إِلٰه إِلا هُو ۚ كُلُ شيءٍ هالِك إِلا وجههُ ۚ لهُ الحُكمُ وإِليهِ تُرجعُون
Maksudnya "Dan jangan sembah tuhan lain selain ALLAH. Tidak ada tuhan selain Dia. Segala sesuatu pasti binasa, kecuali ALLAH. Segala keputusan menjadi hak dan kuasa-Nya, dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan."
"Mengulas sama ada ada malaikat yang sudah mati sebelum tiupan sangkakala, Prof. Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar dalam bukunya "Rahsia Alam Malaikat, Jin dan Syaitan" menyatakan bahawa hal itu berada di luar kemampuan manusia untuk mengetahuinya.
"Selain itu, tidak ada dalil yang menyokong maklumat tentang malaikat yang diambil rohnya sebelum sangkakala ditiup," memetik Detik.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram