Separuh peserta solo GV9 pernah sertai program realiti, ada bergelar juara!


  • Hiburan
  • Ahad, 18 Sep 2022

Peserta GV 9 yang bakal membuka tirai persembahan pada Ahad.

PROGRAM realiti Gegar Vaganza kesembilan (GV9) akan membuka tirai dengan persaingan melibatkan 12 penyanyi dan satu berkumpulan pada Ahad, 18 September 2022.

Dalam semua senarai penyanyi itu, ada beberapa penyanyi yang sudah cukup berpengalaman melalui pentas pertandingan seperti ini.

Berikut Majoriti senaraikan enam penyanyi yang pernah menyertai program realiti sebelum ini.

WhatsApp Image 2022-09-18 at 5.15.38 PM

Dina Nadzir

Dina Nadzir atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air kerana telah mula bertapak seawal tahun 2004 ketika menyertai uji bakat Malaysian Idol musim pertama.

Berjaya bergelar naib juara pada usia 19 tahun, kejayaan itu merupakan titik permulaan karier seni Dina apabila berjaya menghasilkan album sulungnya berjudul, Cinta Datang Lagi.

Menerusi pengalaman itu, tidak mustahil Dina dengan selamba boleh menewaskan penyanyi yang lain.

WhatsApp Image 2022-09-18 at 5.21.05 PM

Tom

Merupakan juara program realiti TV My Starz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom, pernah menggegar industri muzik negara satu ketika dahulu apabila lagunya berjudul 'Lagu untuk Kuala Lumpur' dan 'Redha' pernah hits sekitar tahun 2010.

Terpalit isu kontroversi dalam kejadian pergaduhan bersama wartawan hiburan beberapa tahun dahulu, kekecohan itu telah memaksa dirinya untuk memperlahankan karier nyanyiannya berikutan terlampau banyak persepsi negatif yang diterima.

Enggan menoleh dan terus melangkah jauh, namanya dikatakan bakal kembali menyinar apabila tersenarai sebagai peserta GV9.

WhatsApp Image 2022-09-18 at 5.16.24 PM

Bob Yusof

Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usop pernah merupakan antara peserta Akademi Fantasia (AF) musim kedua pada 2014 bersama Zahid, Linda dan Adam.

Namun, dia hanya berjaya memperoleh kedudukan kelima dalam program itu. Namun, namanya sekali lagi tersenarai untuk menyertai AF Megastar pada 2017.

Bob berjaya masuk ke peringkat akhir program tersebut namun sekadar berada di tempat keempat.

WhatsApp Image 2022-09-18 at 5.17.30 PM

Tomok

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail juga merupakan antara peserta GV yang sebelum ini pernah menyertai program realiti.

Menyertai program On In A Million musim ke tiga pada 2009 dan berjaya menjadi artis pertama dan peserta lelaki pertama yang menjadi juara OIAM.

OIAM juga sebenarnya menjadi pintu buat Tomok untuk kembali semula ke dalam dunia seni selepas sekian lama sepi.

WhatsApp Image 2022-09-18 at 5.18.37 PM

Jaclyn Victor

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang, Jaclyn Victor sebelum ini juga pernah menyertai program realiti.

Jaclyn berjaya menjadi juara dalam program Malaysian Idol musim pertma pada 2004.

Sejak dari itu, nama Jaclyn mula meniti naik dalam industri hiburan tempatan sehingga berjaya meraih pelbagai anugerah muzik tempatan.

WhatsApp Image 2022-09-18 at 5.19.20 PM

Shila Amzah

Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah juga pernah menyertai program realiti OIAM musim kedua pada 2017.

Menerusi pertandingan itu, dia berjaya meraih tempat kedua selepas tewas kepada Ayu.

Pada 2014, Shila juga pernah menyertai program I Am Singer musim kedua yang disiarkan di China.

Menerusi pertandingan itu, Shila memperoleh tempat ketiga keseluruhan namun impaknya membuatkan dia menjadi cukup terkenal dan memperoleh banyak peminat di China.

Untuk rekod, selain enam penyanyi ini, turut bertanding dalam GV 9 ialah Asheed (Def Gab-C), Hazrul Nizam, Pat Candy, Roy Kapilla, Haida Hassan, Fuad Rahman dan kumpulan V.E. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram