SEORANG pegawai berpangkat Inspektor dan tiga lagi anggota dari sebuah balai polis di Shah Alam, Selangor dipindahkan keluar dari Selangor, serta-merta selepas dipercayai terlibat dalam penganjuran ‘parti persendirian’.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua anggota itu dipindahkan ekoran tindakan seorang anggota berpangkat Koperal membawa masuk empat orang awam termasuk tiga wanita dalam premis pejabat mereka, pada 28 September lalu.
"Kesemua individu terlibat didapati mendengar muzik yang kuat termasuk (menganjurkan) makan-makan semasa kejadian tersebut berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] Anggota tentera selisih maut, tersangkut tiang lampu ketika mendarat guna payung terjun
BACA LAGI: Operasi Malbatt di Lubnan dihentikan, anggota tentera kena berlindung dalam 'bunker drill'
Hussein Omar berkata, menjadi satu kesalahan untuk membawa orang awam ke premis pejabat tanpa sebarang alasan rasmi.
“Ini jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) iaitu mana-mana orang awam tidak boleh dibawa ke premis pejabat tanpa ada urusan rasmi.
"Ia adalah tindakan dalaman yang mana kesemua mereka diambil tindakan keluar terus dari Selangor (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor).
"Ia adalah satu kesalahan untuk membawa orang awam ke premis pejabat tanpa sebarang alasan rasmi," katanya ketika sidang media di ibu pejabat polis Selangor pada Isnin.
Jelas Hussein, tindakan dilakukan mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993.
“Semua dipindahkan ke Johor dan Kelantan serta-merta,” katanya.
Hussein dalam pada itu turut menegaskan bahawa penangkapan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang tidak membabitkan ketua balai sebaliknya ketiga-tiga individu adalah anggota berpangkat rendah.
"Ketiga-tiga anggota ini juga ditukar ke bahagian pengurusan serta-merta dan akan diambil tuduhan di bawah jenayah dan tatatertib,” katanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram