SERAMAI 10 suspek rompakan berkumpulan di Pandamaran, Klang, Selangor berjaya diberkas oleh pihak polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita diberkas pihak berkuasa di Mantin, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.
Rompakan yang dilakukan mereka di sebuah banglo itu menyebabkan seorang cedera dan kerugian dianggarkan sekitar RM600,000.
BACA LAGI: Ada rekod jenayah, pemilik kebun terlibat kes tembakan curi kelapa sawit di Selama dicekup
Hussien berkata, siasatan mendapati yang kumpulan rompakan itu sudah aktif selama setahun melakukan perkara tersebut.
"Kami percaya mereka sudah aktif selama setahun. Mereka memecah masuk rumah banglo milik usahawan di Pandamaran pada 3 Oktober dengan seramai 12 individu memecah masuk sekitar 6 pagi.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mereka hadir dengan dua kenderaan sebelum memecah masuk rumah," kata Hussein.
Hussien turut berkata yang kumpulan rompakan itu melakukan jenayah dengan teliti apabila mereka melakukan pengawasan terlebih dahulu sebelum memecah masuk.
Malah, mereka turut melakukan perkara sama di beberapa lokasi lain.
"Kami percaya yang mereka mempunyai hubungan dengan pihak lain untuk lakukan pemantauan di kawasan banglo tersebut sebelum memecah masuk.
"Kami turut percaya yang mereka bertanggungjawab terhadap enam rompakan di selatan Klang dan tujuh di Negeri Sembilan," ujar Hussien.
Sementara 10 suspek yang ditahan direman selama tujuh hari, polis masih mencari beberapa individu lain yang ada kaitan dengan kumpulan rompakan tersebut yang masih bebas. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram