[VIDEO] Anggota tentera selisih maut, tersangkut tiang lampu ketika mendarat guna payung terjun


  • Benua
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Tangkap layar seorang anggota tentera berdepan detik cemas selepas dia melanggar tiang lampu ketika membuat persembahan sempena sambutan HUT TNI pada Jumaat. 

SEORANG angggota Tentera Udara Indonesia berdepan dengan detik cemas selepas dia melanggar tiang lampu ketika membuat persembahan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia itu turut berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @Tetangganyatentara itu memaparkan anggota tentera tersebut tersangkut di sebuah tiang lampu ketika cuba membuat pendaratan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

Difahamkan, pada waktu kejadian faktor cuaca serta angin merupakan punca kejadian anggota tersebut hilang kawalan dan tidak mendarat di tempat yang sepatutnya.

Melalui video yang dikongsikan juga, turut kelihatan beberapa anggota tentera yang lain terus meluru ke arah penerjun tersebut dan membantunya turun daripada tiang berkenaan.

Memetik laporan media antarabangsa, penerjun tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram