Kes buli anak Tam Spider, KPM takkan berkompromi


  • Primer
  • Ahad, 06 Okt 2024

Tam Spider mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sekolahnya.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu.

KPM menerusi satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, garis panduan menangani gejala buli telah diluncurkan pada tahun lalu melibatkan kerjasama semua agensi yang dipertingkatkan.

“KPM tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya," katanya secara ringkas pada Ahad.

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

BACA LAGI: Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pendedahan penyanyi sebuah kumpulan yang mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa buli.

Berdasarkan laporan Harian Metro, penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam, 51, mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama, di Kuala Lumpur.

Tam turut mendakwa, bukan setakat anaknya tetapi beberapa pelajar lagi turut menjadi mangsa buli senior.

Dalam pendedahan tersebut, penyanyi itu kesal apabila pihak sekolah terbabit didakwa tidak mengambil tindakan berhubung isu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram