[VIDEO] Rempuh motor polis di Telok Panglima Garang, 3 perompak naik SUV diburu


  • 112
  • Isnin, 23 Sep 2024

Keadaan motosikal polis selepas dirempuh dengan kenderaan SUV dinaiki oleh tiga suspek kes samun di Telok Panglima Garang, Selangor pada Jumaat lalu. — Facebook

TIGA suspek terlibat dalam kes samun di sebuah kawasan perumahan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor kini diburu selepas bertindak agresif merempuh kenderaan polis pada Jumaat lalu.

Tindakan itu sekali gus memaksa seorang anggota polis bertugas melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan yang dinaiki suspek ketika itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 2.40 petang memaklumkan rumah jirannya dipecah masuk.

BACA LAGI: Alif Teega-Aisyah Hijanah dilarang hubungi saksi, mengaku tak bersalah 10 pertuduhan seleweng derma RM1.5 juta

BACA LAGI: 'Cikgu, hari ni seronoklah', guru di Sabah bijak bantu murid pasif bersosial main permainan tradisonal

Ahmad berkata, suspek yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 melanggar motosikal milik anggota polis ketika mereka ditahan di lokasi kejadian.

"Susulan itu, anggota polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek bagi mempertahankan diri.

"Tetapi, suspek yang terdiri daripada tiga lelaki berjaya melarikan diri dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek terlibat dalam kejadian pecah masuk di kawasan perumahan itu.

Tambahnya, usaha mengesan dan menangkap suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram