[VIDEO] Individu baling topi keledar cuba halang kereta penjenayah — Polis


  • 112
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Terdahulu tular satu video berdurasi 18 saat memaparkan seorang lelaki membaling topi keledar dari tepi jalan ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak laju.

TULAR video seorang individu lelaki bertindak membaling topi keledar kepada sebuah kenderaan di Jalan Tun Razak, Johor baru-baru ini adalah untuk menghalang penjenayah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu dan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun tampil membuat laporan polis.

"Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian samun oleh suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi. Pengadu yang cuba menghalang kereta dinaiki suspek telah membaling helmet dan tampil ke balai membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Gaya hidup 'tak mahu miliki anak' risiko dedah wanita kepada kanser payudara

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan hadiahkan anak ikut kemahuan mereka, baik bantu hafal surah al-Mulk — Faridah Hanim

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum 14 tahun.

Terdahulu tular satu video berdurasi 18 saat memaparkan seorang lelaki membaling topi keledar dari tepi jalan ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak laju. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram