[VIDEO] Kanak-kanak cedera, penduduk Kampung Buyong gesa pihak berwajib pantau projek bina jambatan


  • Massa
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Seorang penduduk Kampung Buyong, Pasir Kelang dekat Kuala Krai, Kelantan projek jambatan yang dibina di kampung tersebut tidak mematuhi piawaian dan standard keselamatan.

SEORANG penduduk di Kampung Buyong, Pasir Kelang dekat Kuala Krai, Kelantan menggesa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan pihak berwajib memantau projek jambatan yang dibina di kampung tersebut.

Menurut Matju Sulaiman melalui laman Facebook Kuala Krai mendakwa pembinaan projek tersebut tidak mematuhi piawaian dan standard keselamatan.

"Mohon pihak berkenaan pantau projek jambatan kampung yang dibina. Macam mana boleh lulus buat jambatan tetapi air bertakung?

"Bahagian tepi jambatan hanya dibuat sambil lewa apabila banjir habis runtuh," katanya.

Menurut individu itu lagi, kesan daripada air bertakung di jambatan tersebut turut menyebabkan seorang kanak-kanak cedera baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal kawal emosi punca lelaki misteri tiba-tiba terajang pak guard di JB

BACA LAGI: [VIDEO] Ada rekod jenayah dan dadah, 5 suspek termasuk pakcik 43 tahun gaduh guna kayu di JB kena cekup

"Tempoh hari ada budak berumur lapan tahun cedera nak elakkan air yang bertakung.

"Dia ikut laluan tepi tetapi terjatuh sehingga luka di dahi dan hidung," tulisnya.

Pada masa sama, Matju turut memuat naik beberapa gambar dan video yang menunjukkan keadaan jambatan berkenaan.

Melihat kepada papan tanda projek tersebut, jambatan itu siap dibina pada Mei 2022.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya meminta individu tersebut untuk terus membuat aduan ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi menyelesaikan isu tersebut.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berwajib berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram