[VIDEO] Peroleh gaji cecah RM5,000 sebulan, Orang Asli terharu dapat kerja bersama The Asli Co


  • Massa
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Suraya (kanan) antara suri rumah di perkampungan Orang Asli di Hulu Selangor, Selangor yang berjaya menjana pendapatan melalui The Asli Co. — The Star

PEPATAH Inggeris ada mengatakan, teach a man to fish and you feed him for a lifetime iaitu bermaksud lebih berbaloi untuk mengajar seseorang melakukan sesuatu buat diri sendiri daripada membantu mereka berulang kali.

Ia ternyata benar buat penduduk perkampungan Orang Asli di Hulu Selangor, Selangor, Suraya Abdullah yang bukan sahaja dapat mengubah dirinya, malah memberi impak kepada orang sekeliling.

Daripada menjadi suri rumah, Suraya berhasil menjana pendapatan tetap dengan menjahit pelbagai produk dan aksesori seperti fabrik penutup mata, bantal kecil dan pelitup muka.

BACA LAGI: Harumkan nama Johor, Khairunnisaa teladan terbaik kuasai bahasa Inggeris hasil didikan ibu bapa, amal sikap ulat buku

BACA LAGI: Komited beri akses pendidikan, kerajaan bakal laksana program intervensi mapan atasi masalah keciciran pelajar

Suraya (right) sewing the lavender eye pillow under the tutelage of Lim (second right) while Antik As (second left) and Wee getting the fabric sorted out. — ART CHEN/The Star

Suraya (kanan) menjahit penutup mata fabrik di bawah bimbingan Xin Yu (dua kanan) dan Jason (kiri). — The Star

Menurutnya, waktu pandemik Covid-19 merupakan fasa terberat buat dirinya dan keluarga kecilnya dengan keadaan terlalu bahaya untuk keluar bekerja.

"Kehidupan sebelum ini sukar dengan suami saya yang bekerja di ladang kelapa sawit diberhentikan kerja.

"Kami tidak mempunyai wang untuk membeli barangan runcit dan keperluan lain," katanya.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, situasi itu bertambah sulit apabila seorang anak lelakinya masih kecil dan bersekolah rendah hampir tercicir dalam pelajaran disebabkan keadaan kewangan keluarga.

Namun, nasib menyebelahinya selepas memohon pekerjaan di The Asli Co sejak ia dilancarkan pada akhir 2019 dengan matlamat untuk membantu beberapa penduduk kampung mencari rezeki dengan menghasilkan pasu tanaman sukulen.

Suraya mula mengenali perusahaan sosial itu dan belajar menjahit menggunakan mesin jahit untuk membuat pelitup muka fabrik yang dijual secara dalam talian melalui The Asli Co.

"Mereka mengajar saya kaedah dengan beri peralatan dan bahan untuk mula menjahit dan mendapatkan wang.

"Daripada tidak mempunyai apa-apa, kini saya telah mempelajari kemahiran untuk menyara keluarga dan menghantar anak saya ke sekolah," katanya.

The lavender eye pillow has been one of The Asli Co's best selling items since it was introduced in 2021. — ART CHEN/The Star

Hasil bantal yang dijahit oleh Suraya dan rakan seperjuangannya yang lain. — The Star

Suraya berkata, dengan kemahiran itu, dia boleh memperoleh pendapatan mencecah sehingga RM5,000 sebulan pada 2023 dan mungkin meningkat pada 2024 sekiranya mendapat tempahan yang banyak.

Lebih menariknya apabila Suraya boleh melakukan aktiviti tersebut secara fleksibel sambil menjaga keluarganya di rumah.

Sementara itu, pengasas The Asli Co, Lim Xin Yu, 39, bersama Jason Wee, 36, sebenarnya bermula selepas terlibat dengan kerja sukarela anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Orang Asli di Serendah, Selangor.

Xin Yu berkata, niat murni mereka diteruskan apabila menyertai NGO dalam melakukan aktiviti kebajikan dan membina rumah buat penduduk kampung tersebut sebelum 2019.

"Kami mendapati, ramai kanak-kanak berhenti sekolah dan memutuskan untuk melakukan sesuatu.

"Jadi kami bertanya berapa banyak yang diperlukan untuk menyara seorang kanak-kanak di sekolah selama sebulan dan diberitahu sebanyak kira-kira RM150 untuk membeli keperluan sekolah termasuk makanan," katanya.

Menurut Jason, meskipun jumlah tersebut memadai, namun mereka mahu memberi lebih banyak lagi terutamanya buat golongan kurang berkemampuan.

"Berapa ramai anak yang kita boleh bantu jika menderma atas kapasiti sendiri?

"Sejak itu, kami memutuskan untuk mendirikan sebuah syarikat," katanya sambil menambah bahawa mereka hanya mempunyai satu produk pada masa itu dan tiga pekerja dari kampung.

Lim Xin Yu (left) and Jason Wee, founders of The Asli Co. social enterprise that empowers Orang Asli mothers to earn a stable income to support their families. — ART CHEN/The Star

Xin Yu (kiri) dan Jason (kanan) merupakan pengasas The Asli Co dan AJAR Society. — The Star

Bersyukur dengan trend perubahan ketika pandemik itu, Jason berkata, produk pencuci tangan dan pelitup muka fabrik mereka mendapat sambutan hangat.

Katanya, ia membolehkan mereka mengambil lebih ramai kakitangan Orang Asli yang bertanggungjawab dalam pembungkusan, pentadbiran, pemasaran dalam talian, penyediaan bahan mentah dan kawalan kualiti.

Jason berkata, mereka sentiasa mencari peluang baharu untuk mengembangkan rangkaian produk di bawah The Asli Co.

Justeru, terciptanya bantal dengan wangian lavender diinspirasikan daripada ibu Lim yang sering mengalami masalah untuk tidur.

"Saya menemuinya dalam talian dan cuba membuatnya untuk ibu saya, ternyata ia berkesan dan membantunya tidur dengan lebih lena.

"Jadi, apabila kami menawarkan produk ini secara dalam talian pada 2021, ia mendapat sambutan segera kerana ramai orang mengalami masalah yang sama kerana tekanan.

"Kami menjual lebih 50,000 unit, menyediakan pekerjaan dan pendapatan kepada wanita Orang Asli," katanya.

Ia juga antara produk utama kami sehingga 2024.

Screenshot (3456)

Melangkah ke hadapan, Jason bagaimanapun berkata, kebimbangan utama mereka adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam kalangan ibu dan suri rumah Orang Asli.

"Kami mahu projek ini berterusan dari semasa ke semasa. Kami mempertimbangkan ini semasa mereka produk, menentukan harga dan latihan penstrukturan," celah Xin Yu.

Bagi Jason pula keuntungan adalah perkara penting bagi membolehkan setiap perniagaan kekal maju.

Namun, selepas lima tahun, The Asli Co berjaya menyumbang semula sebanyak RM2.5 juta kepada komuniti Orang Asli dan melatih 75 ibu di di lapan kampung Orang Asli di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Rentetan itu, mereka mengambil langkah untuk mengeksport produk The Asli Co ke luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai strategi memperluaskan jangkauan pasaran global.

Selain The Asli Co, Xin Yu dan Jason juga merupakan pengasas NGO, Asli Juara Academic Rewards Society (AJAR Society) yang menyediakan tuisyen percuma kepada kanak-kanak Orang Asli.

Antara mata pelajaran yang diutamakan adalah meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

"Sokongan pendidikan ini berfungsi untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak di samping menyediakan mereka dengan persekitaran yang kondusif untuk menyiapkan kerja sekolah mereka," katanya.

Mereka pada masa sama menggesa seluruh individu dan syarikat untuk membantu masyarakat Orang Asli dengan mendekati atau menyumbang kepada peningkatan taraf hidup mereka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram