[VIDEO] Dobi, bangunan tempat kerja kini diwarta kawasan larangan merokok, KKM sasar tabiat merokok turun 15 peratus menjelang Disember 2025


  • Primer
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Pada waktu ini, tabiat merokok di dalam kalangan mereka yang berumur 15 tahun ke atas adalah 19 peratus. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan untuk mengurangkan tabiat menghisap rokok tembakau dalam kalangan orang dewasa kepada 15 peratus menjelang Disember tahun depan, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri Kesihatan berkata, pada waktu ini, tabiat merokok di dalam kalangan mereka yang berumur 15 tahun ke atas adalah 19 peratus berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

“Walaupun tabiat penggunaan rokok menurun daripada 21.3 peratus (pada 2019) kepada 19 peratus, terdapat peralihan daripada merokok konvensional kepada vape (rokok elektronik).

“Kami mempunyai (sasaran) sebanyak 15 peratus (untuk) tabiat merokok di dalam negara negara pada 2011 tetapi kita agak sukar untuk mencapainya ketika menghampiri 2025.

“Kini kami mempunyai baki empat mata peratusan untuk mencapai sasaran. Saya harap kita dapat mencapainya menjelang Disember 2025," katanya seperti dilaporkan The Star semasa taklimat media di kementerian itu Putrajaya pada Jumaat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai dengan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 berkuat kuasa pada Selasa lalu.

Menurutnya, penguatkuasaan akta itu boleh membantu mengurangkan tabiat merokok tembakau dalam kalangan orang dewasa.

Dzulkefly berkata, kementerian juga akan menetapkan sasaran untuk mengurangkan tabiat pengambilan vape.

"Pada masa ini tabiat vape di peringkat nasional adalah pada 5.8 peratus," kongsinya ketika ditanya mengenai pencapaian ditetapkan kementerian selepas Akta itu berkuat kuasa.

A ‘No Smoking’ sign reminds patrons to refrain from puffing at a restaurant in Johor Baru. — VENESA DEVI/The Star

Dzulkefly berkata, bangunan dobi dan tempat kerja kini termasuk di antara 28 kawasan larangan merokok di bawah akta tersebut. — Gambar hiasan

Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 itu meliputi peraturan mengenai pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

Dalam pada itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, bangunan dobi dan tempat kerja kini termasuk di antara 28 kawasan larangan merokok di bawah akta tersebut.

Kawasan dilarang merokok lain diwartakan adalah di kawasan hospital atau klinik, kedai berhawa dingin, kompleks membeli-belah, di dalam kenderaan awam dan lif atau tandas awam.

Menurut Dzulkefly, meskipun diwartakan, tindakan penguatkuasaan hanya akan bermula selepas 1 Januari 2025. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram