[VIDEO] Katanya berang ditegur merokok dalam kedai makan, lelaki naik angin pecahkan cawan kopi di Seremban Jaya


  • Tular
  • Selasa, 01 Okt 2024

Tangkap layar video CCTV memaparkan pelanggan lelaki menolak cawan kopinya sehingga jatuh dan pecah di sebuah restoran di Seremban Jaya, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

SEORANG pelanggan lelaki bertindak memecahkan cawan berisi air kopi dipercayai berang selepas dilarang merokok di sebuah restoran di Seremban Jaya, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Selasa, pelanggan tersebut bersama seorang lagi lelaki sedang duduk di satu meja yang berada di kaki lima premis terbabit.

Dalam video sama, seorang staf restoran dikatakan menghampiri meja dan menegur kedua-dua pelanggan terbabit agar tidak merokok di kawasan kedai sebelum kejadian.

BACA LAGI: Uniknya trend beli barang 'bundle', bukan setakat kawal nafsu, elak membazir

BACA LAGI: [VIDEO] Cikgu larang ibu bapa guna ayat 'keras' didik anak, ramai kurang setuju beri alasan budak boleh jadi terlalu manja dan tak berdikari

Beberapa minit selepas ditegur, lelaki berbaju hijau itu kemudiannya menolak cawan dilihat berisi air kopi sehingga jatuh dan pecah di kawasan kaki lima kedai berkenaan.

Bagaimanapun, suasana kekal tenang dan tidak berlaku sebarang pergaduhan antara pelanggan dan staf kedai tersebut.

Sementara itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pelanggan terbabit.

"Dah buat salah, lepas itu pecahkan cawan macam nak tunjuk dia hero. Kalau susah sangat nak ikut peraturan, baik lepak rumah je," komen @linkham116.

"Situasi seperti ini memang mengecewakan, terutama apabila individu tidak menghormati teguran dan peraturan larangan merokok di dalam premis.

"Selain mengganggu orang lain, tindakan seperti merokok di restoran boleh mengancam kesihatan orang sekeliling, terutamanya kanak-kanak dan warga emas.

"Memecahkan cawan kopi pula menunjukkan kurangnya tanggungjawab terhadap harta benda awam," kata @SanaKhan146.

Susulan kejadian itu, ramai yang menggesa pihak restoran untuk membuat laporan kepada polis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram