PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan menyasarkan Malaysia sebagai hab penjanaan kecerdasan buatan (AI) dan menyiapkan Pelan Tindakan Teknologi AI dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Memetik laporan Harapan MADANI, Anwar berkata, kerajaan juga akan menubuhkan pejabat AI kebangsaan bagi menyelaras inisiatif dalam landskap secara global yang kompetitif.
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura langgar kereta, suspek ragut rantai emas lelaki di Setia Alam diburu polis
Anwar mengharapkan Malaysia dapat bersaing maju ke hadapan dalam penggunaan teknologi AI. — The Star
"Intervensi dasar strategik penting dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya potensi Malaysia.
"Ini sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai rakan penting serta dapat mewujudkan negara dipacu AI di Asia," katanya pada Selasa.
Tambahnya, sistem pendigitalan kini menjadi bidang tumpuan Malaysia apabila negara menggalas kepengerusian Asean 2025.
"Malaysia mahu memacu daya saing ekonomi, membolehkan perniagaan memanfaatkan teknologi awan bagi inovasi dan akses pasaran global," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram