'Ini bukan budaya, etika atau kepercayaan kami,' Duta Besar Palestin ke Malaysia mohon maaf


  • Primer
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Walid menjelaskan, pada 16 Ogos lalu, seramai 127 rakyat Palestin termasuk 41 yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza selamat tiba di Malaysia.

DUTA Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali tampil mengeluarkan permohonan maaf susulan kekecohonan yang berlaku melibatkan sekumpulan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.

"Saya memohon maaf bagi pihak seluruh rakyat Palestin di Malaysia dan di tanah air atas apa yang berlaku.

"Ini bukan budaya, etika, atau kepercayaan kami. Kami, sebagai rakyat Palestin, sentiasa berterima kasih atas sokongan tidak henti yang ditunjukkan kepada rakyat dan perjuangan kami," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Walid menjelaskan, pada 16 Ogos lalu, seramai 127 rakyat Palestin termasuk 41 yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza selamat tiba di Malaysia.

Sebahagian daripada pesakit dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur manakala ahli keluarga mereka disediakan penginapan di hotel.

"Untuk keselamatan dan perlindungan terhadap mereka, pesakit diberikan ditempatkan di kemudahan penjagaan kesihatan dengan pergerakan dan pengunjung yang terhad," katanya.

WALID ABU ALI, Ambassador of Palestine to Malaysia.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Menurut Walid, beberapa pesakit berada di hospital sejak tiba dan tidak mempunyai peluang untuk keluar.

"Mereka berada di bawah banyak tekanan emosi kerana datang dari Gaza yang dilanda perang, dan ini telah menyumbang kepada tekanan emosi mereka. Ada yang mengalami budaya dan persekitaran yang sama sekali baru," tambahnya.

Beliau seterusnya berkata, Kedutaan Palestin di Malaysia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan hubungan dengan pesakit, melawat mereka secara berkala dan menyediakan keperluan sebaik mungkin.

“Saya sentiasa mengingatkan mereka supaya menghormati negara tuan rumah dan rakyatnya kerana terdapat ribuan rakyat Palestin di Gaza yang tidak mempunyai peluang sama seperti mereka,” kata Walid.

Beliau mendedahkan beberapa pesakit telah menyatakan hasrat untuk kembali ke Palestin, dan kedutaan telah berkoordinasi dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu mereka.

"Bagi mereka yang ingin pulang ke Palestin melalui Mesir, kami akan memudahkan dan menyelaraskan kepulangan mereka.

"Bagi mereka yang memilih untuk tinggal, kami akan terus menyediakan penjagaan kesihatan yang diperlukan sehingga mereka dirawat sepenuhnya.

"Mesej saya kepada rakyat Malaysia ialah insiden sebegini tidak akan berulang lagi. Kami sayangkan Malaysia dan rakyatnya.

"Namun, sila pertimbangkan bahawa individu-individu ini telah mengalami tekanan yang hebat akibat peperangan yang berterusan.

"Mereka memerlukan penjagaan khas. Kami di kedutaan, bersama Kementerian Pertahanan Malaysia, sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka semasa mereka berada di sini," katanya.

2945491

Tangkap layar video kekecohan yang berlaku pada Rabu.

Kejadian pada Rabu menyaksikan sekumpulan warga Palestin dipercayai bertindak membaling selipar ke arah seorang pegawai dan merosakkan harta benda rosak kecewa dipercayai kecewa selepas dinafikan untuk tinggal di luar Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kumpulan terbabit dipercayai tidak berpuas hati kerana pegawai penguat kuasa tidak membenarkan salah seorang daripada mereka berada di luar.

"Individu terbabit naik angin dan mencetuskan kekecohan di hadapan balai pengawal WTKL bersama keluarga dan rakan-rakan," ujarnya.

Pada petang sama, pengurusan WTKL, yang merupakan sebuah kompleks penjagaan yang kebanyakannya berkhidmat untuk anggota tentera, kakitangan awam Kementerian Pertahanan, dan keluarga mereka dalam transit, menafikan permintaan kumpulan itu untuk meninggalkan premis terbabit kerana mereka berada di Malaysia untuk tujuan transit semata-mata.

"Pegawai yang bertugas juga meminta mereka yang terlibat keluar dari kawasan itu. Mereka kemudian memasuki lobi utama WTKL sehingga menyebabkan gangguan dan merosakkan pasu serta hiasan di situ.

"Wakil Kedutaan Palestin hadir dan cuba meredakan keadaan tetapi tidak berjaya," kata kenyataan itu terbabit mengulas mengenai kekecohan tersebut yang turut tular di media sosial. — The Star/RAHIMY RAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram