TULAR di media sosial sejak Rabu apabila sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis tersebut.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan, penduduk dari negara Timur Tengah itu dilaporkan tidak berpuas hati berpunca daripada tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
Wanita itu kemudiannya membuat kekecohan di hadapan Balai Pengawal Wisma Transit Kuala Lumpur bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakannya sehingga mencetuskan gangguan awam.
BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Palestin hargai Malaysia, kirim mesej khas sempena Hari Merdeka
BACA LAGI: Rakyat Palestin cedera terima rawatan ikut tahap keseriusan — Khaled Nordin
"Kesemua warga Palestin kemudiannya masuk ke lobi utama WTKL dan membuat kekecohan serta amukan dengan memecahkan pasu serta merosakkan hiasan yang terdapat di lobi utama WTKL.
"Kejadian juga cuba diredakan pegawai bertugas, namun salah seorang daripada warga Palestin membaling selipar ke arah Pegawai Bertugas. Wakil Kedutaan Palestin juga turut hadir serta cuba menyuraikan kekecohan tetapi tidak berjaya," tulisnya.
Berdasarkan beberapa video yang dimuat naik, kelihatan beberapa individu membantah tindakan pengawal beruniform yang meminta masing-masing untuk tidak meninggikan suara.
Namun, usaha itu jelas sia-sia kerana salah seorang daripada wanita yang memakai tudung merah jambu melepaskan kemarahan terhadap perakam video berkenaan.
Selain itu, dia yang dijangka berusia dalam lingkungan 40-an bertindak menendang perhiasan di lobi Wisma Transit dengan tindakan berkenaan hanya mengakibatkan perang mulut antaranya dengan salah seorang pengawal.
Video itu turut memaparkan sebuah pasu dipercayai ditolak warga Palestin itu pecah dengan kos sudah tentu menelan sehingga ribuan ringgit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram