JENAZAH Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di ibu negara Lubnan, Beirut pada Sabtu sudah ditemui.
Memetik laporan media luar negara, jenazah pemimpin berkenaan ditemui pada Sabtu dan sudah dikafankan pada hari berikutnya selepas dimandikan.
Menurut sumber perubatan dan sumber keselamatan kepada Reuters, jasad Nasrallah dilaporkan ditemui dalam keadaan sempurna di lokasi serangan pada Sabtu.
BACA LAGI: Hizbullah sahkan Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan udara Israel
BACA LAGI: Tentera Israel dakwa Ketua Hizbullah terbunuh dalam serangan udara di Beirut
Walaupun kenyataan Hizbullah sebelum ini tidak menyatakan bagaimana Nasrallah dibunuh namun sumber berkata, mayatnya tidak mempunyai sebarang luka dan sepertinya punca kematian adalah trauma akibat kekuatan letupan.
Bagaimanapun, sehingga kini kumpulan tersebut masih belum mengumumkan bila pengebumian Nasrallah akan diadakan.
Terdahulu, dilaporkan bahawa serangan yang mengorbankan Nasrallah itu berlaku di ibu pejabat Hizbullah yang terletak di selatan Beirut.
Selain Nasrallah, beberapa komander tertinggi kumpulan itu turut maut termasuk Ali Karki, komander Hizbullah yang mengetuai serangan di bahagian selatan negara itu.
Nasrallah menjadi Setiausaha Agung Hizbullah sejak 1992. — Agensi
Dalam satu kenyataan, Hizbullah sebelum ini melaporkan Nasrallah telah menyertai rakan-rakan syahidnya yang agung dan abadi, meninggalkan jalannya dipimpinnya selama kira-kira 30 puluh tahun, akhirnya gugur di jalan menuju Baitulmuqaddis serta Palestin.
Hizbullah menekankan kepimpinan Nasrallah selama berdekad dalam penentangan terhadap Israel, sambil menyatakan bahawa dedikasinya kepada perjuangan pembebasan Palestin telah mendefinisikan kehidupannya dan kini 'kesyahidannya'.
Nasrallah, yang menjadi Setiausaha Agung Hizbullah sejak 1992, memainkan peranan penting dalam pergerakan penentangan dari Lubnan, terutamanya dalam konfrontasi dengan tentera Israel. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,