[VIDEO] Gadis hilang ditemukan selamat ditinggalkan tepi jalan tanpa telefon, tak ingat apa berlaku


  • Massa
  • Selasa, 01 Okt 2024

Seorang gadis, Gya Natasya yang dilaporkan hilang sejak Isnin ditemui selamat pada Selasa.

SEORANG gadis yang dilaporkan hilang sejak Isnin ditemui selamat di tepi jalan pada Selasa dalam keadaan sama sekali tidak menyedari tentang peristiwa yang menimpa dirinya.

Menerusi hantaran di Facebook, Aminahtul Mardiah Md Nor menjelaskan bahawa mangsa, Gya Natasya ditemui oleh seorang wanita yang pada ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Telefon bimbit hilang dan Gya ditinggalkan di tepi jalan oleh satu kereta (ada perempuan dan lelaki)," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda rakam sendiri aksi lompat stesen monorel Bukt Bintang masih bebas

BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap

Terdahulu pada Isnin, Aminahtul yang juga adik angkat ibu mangsa memaklumkan menerusi media sosial tentang kehilangan Gya sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

"Saya betul-betul perlukan bantuan semua rakyat Malaysia.

"Pada pukul 6.52 petang, Gya yang bekerja sebagai host TikTok maklumkan sudah dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya dengan menggunakan Mass Rapid Transit.

"Kali terakhir mesej kepada ibunya iaitu pada pukul 7.38 petang, Gya memaklumkan berada di stesen Maluri," katanya.

Aminahtul juga mendedahkan bahawa laporan polis yang dibuat pada awalnya tidak diterima susulan kes kehilangan belum cukup tempoh 24 jam.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Daerah Sungai Buloh pada pukul 10.49 malam walaupun pada awalnya polis tak nak terima sebab belum 24 jam hilang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram