[VIDEO] Gara-gara tak mampu buat hafalan, murid 14 tahun maut dihukum 'squat jump' 100 kali


  • Benua
  • Isnin, 30 Sep 2024

Mangsa dikenali Rindu Syahputra Sinaga meninggal dunia selepas didenda untuk melakukan 'squat jump' sebanyak 100 kali.

SEORANG murid di Indonesia berusia 14 tahun meninggal dunia dipercayai akibat dihukum squat jump sebanyak 100 kali oleh guru agamanya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Utara, Komisioner Hadi Wahyudi berkata, pada awalnya, ibu mangsa, Yuliana Padang melihat anaknya itu mengalami demam dan terbaring di ruang tengah rumahnya.

Sehari sebelum masalah kesihatannya semakin merosot, mangsa, Rindu Syahputra Sinaga sempat mengadu bahawa dia dihukum squat jump sebanyak 100 kali oleh guru agamanya gara-gara tidak berjaya membuat hafalan.

BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap

BACA LAGI: Kes Daesh: Bekas Ketua Kumpulan 'Wolf Pack' kena penjara 10 tahun, didapati bersalah terlibat aktiviti keganasan

"Khamis (19 September lepas), mangsa memberitahu tentang hukuman yang dikenakan oleh gurunya kerana tidak menghafal nama Nabi, jadi selepas itu dia dihukum melakukan squat jump sebanyak 100 kali," katanya.

Kemudian, pada 23 September lepas, mangsa dibawa untuk menerima rawatan di Pusat Kesihatan Masyarakat Talun Kenas sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan).

Kira-kira pukul 6.30 petang, mangsa dibawa ke salah seorang bidan di Desa Limau Mungkur, Kecamatan STM Hilir.

Kemudian, pada 25 September lepas, mangsa dibawa ke Klinik Pratama Mayen di Limau Mungkur, namun, pihak klinik merujuk mangsa agar dibawa ke Hospital Sembiring Deli Tua kerana keadaannya yang semakin parah.

Pada 26 September, doktor di RS Sembiring menyampaikan perkhabaran duka kepada ibu mangsa bahawa anaknya itu telah meninggal dunia.

Mengikut laporan kesihatan, mangsa meninggal kerana mengalami pembengkakan pada paha kanan serta terjadinya penurunan kesedaran akibat gangguan elektrolit dan demam kepialu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram