Istana Pahang nafi buat hantaran perkahwinan Tengku Hassanal dengan Cik Farida Daud


  • Primer
  • Khamis, 03 Okt 2024

Istana Pahang mengeluarkan kenyataan yang menepis dakwaan kononnya mereka mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis perkahwinan Tengku Hassanal Ibrahim. — Istana Pahang

LAMAN media sosial Istana Pahang pada Khamis mengeluarkan kenyataan yang menepis dakwaan kononnya mereka mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis perkahwinan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdullah dengan seorang wanita pilihannya.

Berdasarkan hantaran dibuat di laman Instagram Kesultanan Pahang, jemputan itu tular sejak 24 September selepas ia dimuat naik seorang pengguna yang dikenali sebagai Farida.1111111.

BACA LAGI: Dakwaan kerabat diraja serang lelaki di Kuantan, Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan tegas

BACA LAGI: Suara wanita perlu didengar untuk cipta masa depan lebih saksama – Tengku Hassanal

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Hassanal Ibrahim

Hantaran itu dibuat berserta sekeping surat memaparkan 'Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud' dengan wanita dimaksudkan tersebut juga tidak dikenal pasti.

"Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

"Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram