[VIDEO] Tragedi 10 tahun lalu ragut nyawa murid sekolah akibat tindakan pemandu cuba redah sungai


  • Benua
  • Ahad, 21 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan bas tersebut cuba untuk meredah sebuah jambatan yang dinaiki arus deras sungai. — Agensi

DUA murid sekolah di Samoa maut selepas bas dinaiki dihanyutkan arus deras sehingga terbalik jatuh ke dalam sungai ketika cuba melintasi sebuah jambatan.

Kejadian yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu sekitar Julai 2023 itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, bas terbabit yang membawa sekumpulan murid sekolah dilihat cuba untuk meredah sebuah jambatan yang sudah dinaiki arus deras sungai.

Bagaimanapun, ia kemudiannya dilihat gagal untuk melawan arus ketika berada hampir di penghubung jambatan sebelum terbalik dan jatuh ke dalam sungai dengan kesemua penumpang masih berada di dalam bas.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak saudara saintis terkemuka India maut nahas bas di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lawan arus, rider terkulai atas jalan kena rempuh bas di Saratok

Video cemas tersebut turut menyaksikan penumpang didengar menjerit ketakutan ekoran situasi yang berlaku.

Menurut saksi kejadian, beberapa penumpang kemudiannya didapati keluar dari arah tingkap kiri dan kanan bas selepas kenderaan terbabit terjatuh ke dalam sungai.

Pada masa sama, terdapat juga orang awam yang terjun ke dalam sungai bagi mengeluarkan beberapa mangsa yang terperangkap di dalam bas berkenaan.

WhatsApp Image 2024-01-21 at 11.52.46 PM

Bas berkenaan terbalik dan jatuh ke dalam sungai selepas dihanyutkan arus deras yang menaiki jambatan tersebut. — Agensi

Mayat dua kanak malang yang maut ketika insiden tersebut, masing-masing berusia lima dan 12 tahun ditemui pada waktu petang hari kejadian.

Sementara itu, beberapa penumpang lain yang berada di dalam bas berkenaan yang dipercayai membawa kira-kira 40 penumpang dilaporkan dirawat di hospital dengan ada antaranya mengalami kecederaan parah.

Difahamkan ketika kejadian, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Itu o Tane ke jeti dekat Salelologa untuk mengejar sebuah feri.

Ekoran daripada insiden malang terbabit, pemandu bas terbabit, Moe Iosua, kemudiannya disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 11 tahun kerana memandu sehingga menyebabkan kematian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram