KIRA-KIRA dua bulan berbaki sebelum Liga Malaysia 2024/2025 bermula, Perak FC nampaknya masih meneruskan proses pencarian pemain berkualiti bagi menambah baik pilihan pemain mereka dari tahun sebelumnya.
Setakat ini, pelbagai nama pemain dari kelab lain termasuk beberapa bintang dari Johor Darul Takzim (JDT) juga dikaitkan akan menyarung jersi skuad The Bos Gaurus (TBG) bagi mengisi posisi penting seperti pertahanan.
Berdasarkan statistik perlawanan pada musim lepas, skuad Seladang merekodkan 55 gol bolos dalam 26 perlawanan, sekali gus menjadi pasukan ketiga paling banyak dibolosi selepas Kelantan FC dan Kelantan United.
Oleh itu, pasukan kendalian Yusri Che lah berkenaan pasti mahu mencari pemain yang mampu mengisi slot di bahagian pertahanan dengan segera agar boleh menyertai latihan lebih awal seperti Tommy Mawat dan Azfar Fikri.
BACA LAGI: Pengalaman pentas tertinggi punca Perak mahu dapatkan GK padu kelab Lembah Klang
Ariff Ar-Rasyid pernah menyertai Penang FC pada 2018. — Facebook/PenangFC
Tidak hairanlah, masalah pertahanan skuad TBG itu semakin menemui jalan penyelesaian apabila Perak dikhabarkan dalam proses membawa masuk pemain tengah bertahan dari Kelantan United FC (KUFC), Ariff Ar-Rasyid Ariffin.
Melihat statistik perlawanan pada musim lepas bersama skuad Kijang Hijau, pemain berusia 25 tahun itu bukan hanya bermain sebagai defensive midfield, malah Ariff Ar-Rasyid juga berkemampuan beraksi di posisi bek tengah dan bek kanan.
Meskipun namanya tidak sepopular pemain pertahanan lain, namun 'pemain ke-12' TBG seolah-olah merestui jika Ariff Ar-Rasyid memilih untuk menandatangani kontrak bersama skuad Seladang pada musim depan.
BACA LAGI: Senarai skuad Perak 2024 bocor, 3 bintang pilihan tiada dalam 'list' bikin fans panik
"Bagus dia ini. Pandai baca game, laju dan berbaloi beli," kata penyokong Perak, Shedee Musa.
"Jenis keras dan robust punya defend," puji penyokong TBG, Najib Johari.
"Dia ini pertahanan utama dan salah seorang terbaik dalam Kelantan United," tambah penyokong, Nik Mohd Ashraff.
Ariff Ar-Rasyid juga merupakan ketua pasukan PKNS FC. — Facebook/PKNS
Bersama skuad Kijang Hijau, Ariff Ar-Rasyid diturunkan dalam 16 perlawanan bagi semua kejohanan dan diberi kepercayaan menjadi kesebelasan utama dalam 13 aksi Liga Super untuk musim 2023.
Selain itu, Ariff Ar-Rasyid juga pernah mencuri tumpuan penyokong apabila dipanggil Datuk Ong Kim Swee untuk tugasan negara bagi kejohanan Piala LG B-22 AFF di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada 2019.
Panggilan ke kem negara itu dibuat Kim Swee apabila bek tengah berkenaan menjadi watak utama skuad PKNS FC pada kejohanan Piala Presiden 2019 selepas menumpaskan Perak dengan agregat 2-1 pada 2019.
Karier profesionalnya bermula dengan menyertai pasukan UiTM FC dan menimba pengalamannya di kem Penang FC pada 2021, sebelum pemain itu memilih untuk menabur bakti bersama Kelantan United dua musim kemudian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram