Najib tak guna wang derma untuk tujuan peribadi — Shafee


Shafee mendakwa majoriti wang dalam akaun Najib tidak digunakan untuk kepentingan peribadi.

HAKIM perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal pihak defendan mengenai perbezaan perbelanjaan peribadi dan politik.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bertanyakan kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa hujahan terakhir pendakwaan di mahkamah pada Selasa

Shafee mengatakan yang hampir keseluruhan wang dalam akaun Najib tidak dibelanjakan untuk kegunaan peribadi.

BACA LAGI: Perbicaraan 1MDB: USD$2.4 juta masuk ke akaun bank Kim Kardashian, Pharell Williams

BACA LAGI: Mahkamah Switzerland sabit hukuman ke atas eksekutif 'songlap' RM7.8 bilion dana 1MDB

"Kami telah membuktikan bahawa 99 peratus daripada wang dalam akaunnya tidak digunakan untuk tujuan peribadi, sebagai contoh, beliau tidak membeli pesawat peribadi atau membelanjakan semua orang dengan champagne di bar New York, atau perkara seperti itu.

"Yang Arif, saya terpaksa menggunakan istilah ini; ia bertentangan dengan patologi rasuah jika seseorang mengambil wang ini dan membelanjakannya bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi untuk manfaat orang ramai, walaupun beliau mungkin merupakan sebahagian daripada orang ramai," kata Shafee.

Hakim Sequerah kemudiannya mempersoal sama ada terdapat undang-undang yang menyokong hujahan Shafee tersebut. Namun, dia berkata yang itu adalah inferens fakta.

Di pihak Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrin Omar, mereka cuma mengambil kira fakta wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah daripada sumber aktiviti haram.

Rakan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, ia tidak menjadi masalah jika Najib mahu menggunakan wang tersebut untuk tujuan politik atau peribadi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram