Pengampunan Najib minggu ini: Insya-ALLAH, tunggu — Dr Zaliha


  • Primer
  • Khamis, 01 Feb 2024

DIBEBASKAN atau tidak? Najib pada ketika ini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa. —Facebook/Najib Razak

SILA bersabar dan tunggu kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

"Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)... Insya-ALLAH kita harapkan.

"Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 pada Khamis.

Namun, beliau tidak memaklumkan tarikh sebenar kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan. Ketika ditanya sama ada ia dikeluarkan minggu ini, Zr Zaliha hanya berkata: "Insya-ALLAH."

BACA LAGI: 'Sentiasa menunggu kepulanganmu', Yana luah rindu tunggu Najib Razak pulang

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong

Pada Rabu, beberapa menteri Kabinet enggan mengulas mengenai keputusan rayuan Najib untuk pengampunan Diraja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kabinet hanya membincangkan secara ringkas rayuan Najib.

Beliau berkata, keputusan untuk memberikan pengampunan kepada bekas perdana menteri, yang dipenjarakan atas tuduhan rasuah, bukan dalam bidang kuasa Kabinet.

Pada sidang media berasingan, Menteri Perhubungan, Fahmi Fadzil mengingatkan media supaya tidak terlalu cepat membuat spekulasi berhubung keputusan rayuan itu sehingga kenyataan rasmi dibuat.

"Saya meminta kedua-dua media tempatan dan antarabangsa untuk menunggu pengumuman rasmi," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada hari Rabu.

Untuk rekod, Najib kini menjalani hukuman 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta yang telah disedut daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MBD.

Pada masa sama, dia juga didenda RM210 juta.

Bekas Perdana Menteri itu juga kini berada di kandang tertuduh untuk menjawab pertuduhan salah guna kuasa yang didakwa membawanya faedah kewangan mencecah RM2.28 bilion, yang juga dipercayai merupakan dana 1MDB. —The Star/ GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram