[VIDEO] Belah perempuan batal perkahwinan ‘last minute’, pengantin lelaki didesak tuntut ganti rugi daripada ‘A to Z’


  • Tular
  • Rabu, 02 Okt 2024

Tangkap layar video mengenai kejadian pembatalan majlis perkahwinan yang tular di media sosial sejak Selasa.

HASRAT seorang pengantin lelaki melangsungkan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila calon isterinya dilaporkan menarik diri pada saat-saat akhir.

Video mengenai kejadian tersebut tular selepas ia dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok, DemFlacco sejak Selasa yang menunjukkan suasana di sekitar majlis berkenaan.

Menerusi klip tersebut, ibu kepada pengantin lelaki terbabit mengumumkan bahawa majlis perkahwinan terbabit terpaksa dilangsungkan tanpa kehadiran pengantin perempuan yang membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan pada saat akhir.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Wanita tersebut berkata, majlis tersebut tetap dilangsungkan kerana keluarga pengantin lelaki sudah pun mengeluarkan jemputan kepada orang ramai.

"Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan. Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ini memandangkan persiapan telah dibuat dan pada masa sama, saya perlu memberitahu sendiri dalam majlis ini nanti," ujar wanita berkenaan.

Pada masa sama, pihak keluarga terbabit majlis resepsi tersebut menggantikan majlis resepsi dan menggantikannya dengan majlis doa selamat.

Dalam pada itu, dilaporkan, insiden tersebut berlaku pada 28 September lalu.

Pada asalnya, upacara akad nikah kedua-dua pasangan tersebut pada 27 September 2024.

6334718969805651580

Ibu pengantin lelaki (kanan) dilihat gagal untuk menahan kesedihan susulan pembatalan majlis perkahwinan anak lelakinya (tengah).

Menurut pengantin lelaki terbabit, Adam yang berusia 23 tahun berkata, pihak perempuan sudah bertemu dengan keluarganya pada 23 Ogos lalu bagi memaklumkan keputusannya untuk 'menarik diri', iaitu kira-kira sebulan sebelum majlis perkahwinan.

Sementara itu, kejadian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut.

Malah, ada yang turut meminta pihak lelaki untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon isterinya kerana dipercayai menarik diri pada saat akhir.

"Ya ALLAH kenapalah buat macam ini. Tidak datang pada majlis itu. The heck. Also yes, please bawa perkara ini ke mahkamah. Buat tuntutan ganti rugi. Kira daripada A kepada Z segala yang dah dibelanjakan.

"Jangan senang-senang lepaskan atas alasan tiada jodoh. Berjuang untuk hak anda. Saya doakan semoga pihak lelaki mendapat jodoh yang jauh lebih baik," kata ciraplaici.

Untuk rekod, tuntutan ganti rugi pertunangan boleh difailkan sekiranya tunang membatalkan perkahwinan atau memutuskan pertunangan tanpa sebab munasabah.

Perkara itu diperuntukkan di bawah Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor.

Seksyen itu menyebut: "Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah."

Bentuk ganti rugi boleh dituntut antaranya melibat persediaan perkahwinan seperti kos katering, khemah dan dewan.

Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram