Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO capai pembangunan fizikal lebih 63 peratus


  • Primer
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Projek itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 1 Mei tahun 2025.

KEMENTERIAN Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan prestasi pembangunan fizikal Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan telah mencapai kemajuan 63.05 peratus setakat 2 Ogos lalu.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan 11 blok utama dengan fungsi berintegrasi dengan perkhidmatan Neuro-Robotik dan Cybernics, rawatan rehabilitasi konvensional serta perubatan tradisional kini telah memasuki fasa pembinaan pesat terakhir dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 1 Mei tahun 2025.

BACA LAGI: Gagal daftar dan carumkan pekerja dengan PERKESO, majikan diberi tempoh hingga 31 Mei jika enggan didenda RM10,000, 2 tahun penjara

BACA LAGI: Iktibar kes Faisal Halim, sut robot HAL antara manfaat jika kelab bola sepak mencarum PERKESO

DSC04230

Steven Sim melawat pembinaan projek pusat rehabilitasi PERKESO di Ipoh pada 2 Ogos. — PERKESO

“Pusat Rehabilitasi ini dilengkapi teknologi robotik terkini, termasuk rawatan neurorobotik dan Cybernics dari Jepun.

"Malah, kemudahan serta perkhidmatan akan tertumpu kepada rehabilitasi perubatan dan vokasional yang holistik, berdasarkan konsep rehabilitasi sepanjang hayat (whole life-cycle rehabilitation concept),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, Steven Sim mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan Pusat Rehabilitasi terbesar di Asia Tenggara milik agensi kerajaan itu di Bandar Meru Raya, Ipoh bagi meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan dan perkembangan pembangunan projek tersebut pada 2 Ogos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram