JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan kadar RM160 untuk mana-mana individu yang ingin menaik taraf lesen motosikal dari lesen B2/B1 kepada B menerusi program khas perubahan Lesen Motosikal Malaysia (LMM).
Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh JPJ sebelum proses naik taraf itu dilakukan.
Syarat tersebut adalah pemohon adalah warganegara Malaysia dan memiliki lesen memandu kompeten (CDL). Selain itu, pemohon mesti bebas daripada sebarang senarai hitam, saman tertunggak, sekatan transaksi, rekod kesalahan serius atau apa-apa saja yang tidak selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan (pindaan 2013).
BACA LAGI: [VIDEO] 'Talian aduan JPJ tak pernah berjawab', kualiti servis penjawat awam dipersoal
BACA LAGI: JPJ bakal ganti kamera AWAS secara berperingkat, bukan fokus salah langgar had laju semata-mata
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pemilik lesen B2/B1 yang layak untuk memohon upgrade tersebut boleh melakukannya bermula 1 Oktober 2024.
Semakan kelayakan boleh dibuat menerus aplikasi MyJPJ, portal MySIKAP atau di mana-mana kaunter JPJ.
"Mereka yang layak boleh pergi ke mana-mana 180 institusi memandu seluruh Malaysia yang menawarkan program ini.
"Pemilik lesen mestilah mengisytihar tahap fizikal, jasmani dan mental sewaktu mendaftar di institusi memandu terpilih," katanya.
Berdasarkan respons yang baik daripada orang ramai, JPJ menetapkan kadar khas RM160 untuk mereka yang menyertai program itu, kata Aedy.
"Yuran tersebut termasuklah, pendaftaran pelajar dan insurans, kursus transisi dan adaptasi (dua jam), yuran servis (termasuk sewa kenderaan dan litar) dan yuran ujian JPJ," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram