JPJ bakal ganti kamera AWAS secara berperingkat, bukan fokus salah langgar had laju semata-mata


  • Primer
  • Khamis, 08 Ogos 2024

JPJ menggantikan kamera AWAS secara berperingkat. — Agensi

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan Automated Awareness Safety System atau AWAS secara berperingkat di lokasi yang diwartakan.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan pada Khamis berkata, sistem AWAS itu bukanlah digantikan secara sepenuhnya.

Sebaliknya ia teknologi baharu iaitu Sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) untuk memastikan AWAS berfungsi dengan lebih baik.

BACA LAGI: Terdapat aspek implikasi kewangan susulan kenaikan gaji penjawat awam, bakal dibentang dalam Belanjawan 2025 — Fahmi Fadzil

BACA LAGI: Penantian pelajar SPM 10A berakhir, boleh semak status kelayakan ke matrikulasi bermula Khamis

"Penggantian ini melibatkan kamera model Redflex yang perlu diganti kerana kerosakan besar dan tiada sokongan daripada pihak sepatutnya.

"Jabatan ini juga sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara pada tahap yang terbaik," ujar JPJ.

a-2

Tiang kamera AWAS baharu yang hampir serupa dengan tiang lampu. — Agensi

Menurut Aedy, pelaksanaan AWAS ini bukan terhad kepada mencatat kesalahan berkaitan had laju pengguna jalan raya semata-mata.

Selain itu, ia turut mengesan kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya berkaitan lampu isyarat serta apa saja yang tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pelaksanaan sistem ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan di jalan raya.

Dalam masa yang sama, JPJ meminta agar pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan sambil berhemah terhadap orang lain dan mengutamakan keselamatan diri sendiri serta orang tersayang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram