Berpotensi hadapi trauma, KKM bantu kanak-kanak GISB rawat kesihatan mental


  • Primer
  • Selasa, 01 Okt 2024

Polis menyerbu rumah jagaan kanak-kanak GISB.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan tindakan proaktif untuk menilai tahap mental kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah jagaan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB).

Kanak-kanak yang diselamatkan itu dibimbangi mengalami trauma selepas berdepan pelbagai perkara semasa di bawah jagaan gerakan tersebut termasuklah penderaan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kanak-kanak tersebut berpotensi mengalami trauma berdasarkan apa yang dialami mereka sebelum ini.

BACA LAGI: Wanita warga Australia antara 4 isteri Ahli Lembaga Pengarah GISB direman seminggu

BACA LAGI: GISB Travel & Tours antara 81 syarikat disiasat terlibat kartel penetapan harga umrah di Malaysia

Pihak KKM menyediakan khidmat kaunseling dengan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Negara (NCEMH) akan memainkan peranannya dalam hal tersebut.

"Beberapa aspek masih lagi dalam penyiasatan. Kementerian Kesihatan akan menyediakan sokongan kaunseling dan saya percaya Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Negara akan terlibat di peringkat klinik," kata Dzulkefly.

Tambah Dzulkefly, statistik terkini mengenai tahap kesihatan mental kanak-kanak terkesan masih lagi menunggu keputusan rasmi.

Menurutnya lagi. pihak kementerian akan menjaga hal berkaitan kesihatan kanak-kanak terkesan sementara NCEMH menguruskan kesihatan mental.

KKM akan menyediakan sokongan khusus seperti diperlukan mengikut keperluan setiap kanak-kanak. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram