GISB Travel & Tours antara 81 syarikat disiasat terlibat kartel penetapan harga umrah di Malaysia


  • Massa
  • Isnin, 30 Sep 2024

GISB Travel & Tours Sdn Bhd dipercayai terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia.

GISB Travel & Tours Sdn Bhd merupakan antara 81 agensi pelancongan umrah berkemungkinan akan dikenakan penalti kewangan dipercayai terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia mulai awal 2023.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus berkata, pihaknya telah mengeluarkan keputusan berkait cadangan terhadap semua perusahaan terbabit.

Mohd Hishamudin berkata, perlakuan kartel mereka boleh dianggap sebagai pelanggaran di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

BACA LAGI: Kenal pasti kumpulan sasar berkelayakan antara 5 strategi PM Anwar basmi kemiskinan negara

BACA LAGI: Kes Daesh: Bekas Ketua Kumpulan 'Wolf Pack' kena penjara 10 tahun, didapati bersalah terlibat aktiviti keganasan

A file picture of Muslim pilgrims from all around the world doing tawaf, praying around the kaa'bah in Mecca, Saudi Arabia, during the haj and umrah periods.

81 agensi pelancongan umrah didakwa terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia.

“Melalui penyiasatan pada peringkat ini, MyCC mendapati bahawa kesemua perusahaan yang merupakan ahli persatuan berdaftar di Malaysia bersetuju menetapkan harga lantai bagi kedua-dua perkhidmatan pakej umrah ekonomi dan premium dalam beberapa mesyuarat mereka pada awal 2023.

“MyCC juga mendapati bahawa persatuan terbabit membuat pengumuman kepada pihak media untuk memaklumkan kepada orang awam tentang harga lantai yang telah dipersetujui oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Hishamudin menegaskan bahawa keputusan cadangan yang dikeluarkan oleh MyCC adalah dapatan awal.

Tambahnya lagi, ia tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan yang dinyatakan melanggar Akta 712 pada peringkat berkenaan.

"Seperti yang diperuntukkan dalam akta, kesemua perusahaan yang dinamakan dalam keputusan cadangan ini telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan oleh MyCC," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Hishamudin berkata, perusahaan berkenaan diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan cadangan tersebut.

"Selepas itu, perusahaan yang sama juga diberi peluang untuk membentangkan representasi lisan masing-masing kepada suruhanjaya pada tarikh ditetapkan kelak.

"MyCC hanya akan keluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi oleh perusahaan ini bersama bukti yang diperolehi semasa proses penyiasatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram