Wanita warga Australia antara 4 isteri Ahli Lembaga Pengarah GISB direman seminggu


Wanita warga Australia terbabit merupakan salah seorang daripada empat isteri kepada Ahli Lembaga Pengarah GISB yang direman.

SEORANG wanita warga Australia merupakan antara tujuh individu yang direman selama seminggu berhubung siasatan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).

Menurut laporan Buletin TV3, wanita warga Australia terbabit merupakan salah seorang daripada empat isteri kepada Ahli Lembaga Pengarah GISB yang direman.

Daripada tujuh individu terbabit, tiga lagi yang direman adalah anak kepada eksekutif tertinggi GISB.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Dalam serbuan Ops Global yang dijalankan pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata. sejumlah 138 akaun bank mengandungi RM882,795 milik GISB telah dibekukan.

Untuk rekod, lebih 300 individu ditahan dalam siasatan polis ke atas 20 rumah jagaan yang diserbu dipercayai berkaitan dengan GISB sejak 11 September lalu.

Polis turut menyelamatkan 572 kanak-kanak dalam operasi yang diberi nama kod Ops Global.

Dalam serbuan Ops Global yang dijalankan pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata. sejumlah 138 akaun bank mengandungi RM882,795 milik GISB telah dibekukan.

Beliau berkata, bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) sekretariat KPN telah membekukan akaun di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Razarudin berkata, serbuan pada Sabtu menunjukkan terdapat premis kosong dengan anggota GISB dipercayai sudah melarikan diri.

Sebanyak 35 kertas siasatan dibuka sejak 11 September lalu berkaitan dengan kumpulan berkenaan sementara polis menganggarkan GISB mempunyai seramai kira-kira 10,000 ahli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram