Elak risiko sakit telan makanan gred rendah, hidangan bernutrisi Notti khas buat si bulus


  • Bizz
  • Isnin, 30 Sep 2024

Notti yang menawarkan makanan haiwan peliharaan berkualiti tinggi dijual di lebih 130 kedai haiwan peliharaan fizikal di seluruh Malaysia. — Notti

DATA daripada Fortune Business Insights mendedahkan bahawa pada tahun lepas, nilai pasaran makanan haiwan peliharaan global mencecah sekitar AS$120 bilion (RM495 bilion).

Segmen itu dijangka berkembang kepada AS$193bil (RM796 bilion) dalam dekad akan datang, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) lebih 5 peratus.

Pasaran makanan haiwan peliharaan juga menunjukkan pertumbuhan luar biasa di rantau Asia-Pasifik.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Dengan nilai AS$34bil (RM140 bilion) pada masa ini, segmen itu dijangka bertumbuh kepada AS$53 (219 bilion) menjelang 2029, dengan CAGR lebih 9 peratus, menurut Mordor Intelligence.

Pertumbuhan ini adalah kesan langsung daripada trend peningkatan pemilikan haiwan peliharaan.

Sementara itu, di Malaysia, lebih separuh daripada rakyat Malaysia iaitu 51.1 peratus dilaporkan memiliki haiwan peliharaan – dan angka itu dijangka meningkat, menurut Laporan Pengguna Malaysia 2023 terbaru dikeluarkan Standard Insights.

Dengan peningkatan trend pemilikan tersebut, ia menyaksikan pengguna Malaysia terpaksa bergantung kepada makanan haiwan berkualiti rendah.

Hal tersebut terjadi kerana pada waktu ini, pilihan terhadap makanan haiwan yang berkualiti tinggi adalah begitu terhad.

Situasi yang berlaku itu sekiranya dibiarkan berlarutan mendedahkan risiko terhadap kesihatan haiwan peliharaan.

Sebagai individu yang aktif memelihara haiwan seperti anjing dan kucing, Keyee Yap sangat tegas dalam memastikan yang terbaik buat haiwan peliharaannya.

Bagaimanapun, penawaran semasa di pasaran dilihat tidak memenuhi jangkaan khususnya dalam hal berkaitan makanan haiwan peliharaan milik beliau.

Menyedari isu yang berlaku, Yap yang mempunyai latar belakang dalam sains pemakanan dan produk makanan membuat keputusan mendalami bidang penyediaan makanan berkhasiat bagi haiwan peliharaan.

Bertitik tolak daripada situ, Yap yang turut memiliki pengalaman bekerja dengan syarikat makanan organik berasakan kesihatan kemudiannya mengasaskan Notti Pet Food (Notti), jenama tempatan yang memfokuskan pada kesihatan, kemudahan dan makanan berkhasiat untuk haiwan peliharaan.

Ditubuhkan pada tahun lalu, Notti menyasarkan untuk menawarkan alternatif yang terbaik berbanding makanan haiwan peliharaan tradisional.

6323390619900296930

Pasukan Notti Pet Food (dari kiri) Amelia Tang, Shing Wei, Yap dan Sarah Koay.

Barisan produk uniknya menggunakan 100 peratus daging gred buatan manusia dan diperkaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, probiotik dan prebiotik.

Ramuan itu membezakannya daripada jenama komersial yang bergantung pada hidangan daging dan pelabelan yang tidak jelas.

Menggunakan bahan-bahan sebenar dan kaedah pembakaran perlahan 90°C, produk Notti mengekalkan integriti nutrisi bahan tersebut, berbanding dengan proses penyemperitan atau 'extrusion' suhu tinggi yang diamalkan oleh jenama utama.

Yap menjelaskan bahawa keseluruhan proses untuk membangunkan rangkaian makanan, termasuk penyelidikan dan pembangunan, mengambil masa kira-kira enam bulan.

Sebagai individu yang turut memiliki haiwan peliharaan sendiri, Yap yakin pasaran di Malaysia sudah bersedia untuk makanan kering haiwan lebih premium.

"Haiwan peliharaan adalah seperti keluarga, kami mahu memberikan mereka yang terbaik.

“Orang ramai hari ini semakin mencari pilihan yang lebih baik dalam setiap aspek kehidupan – daripada makanan yang kita makan kepada produk yang kita pilih untuk haiwan peliharaan kita.

"Peralihan ke arah pilihan yang lebih berkualiti dan sihat adalah cukup, menjadikannya masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan kering haiwan lebih premium,” ujarnya.

Walaupun industri haiwan peliharaan berkembang pesat, Yap berpendapat bahawa segmen makanan haiwan kesayangan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi masih belum dipenuhi.

Snapinsta.app_425702224_325971793762709_1811496305605382236_n_1080

Makanan yang ditawarkan Notti menerima pengesahan veterinar dan melepasi piawaian nutrien ditetapkan AAFCO. — Notti

"Banyak produk gagal dari segi kualiti ramuan dan nilai pemakanan.

"Ramai pemilik haiwan semakin sedar tentang apa yang mereka beri kepada haiwan peliharaan mereka dan sedang mencari pilihan yang lebih baik.

"Bagaimanapun, mereka sering mendapati diri mereka mempunyai pilihan terhad kerana pasaran tidak selalu menawarkan kualiti yang mereka cari.

"Jurang inilah yang memberi inspirasi kepada Notti, untuk menawarkan penyelesaian untuk pemilik haiwan peliharaan yang mementingkan kesihatan," tambahnya.

Makanan yang ditawarkan Notti menerima pengesahan veterinar dan melepasi piawaian nutrien ditetapkan Association of American Feed Control Officials (AAFCO).

Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur, baka dan saiz.

Pada masa sama, jenama ini juga menarik perhatian pasaran di seluruh Asia Tenggara.

Notti boleh didapati di laman web rasminya, serta di Shopee, Lazada, dan TikTok.

Ia juga dijual di lebih 130 kedai haiwan peliharaan fizikal di seluruh Malaysia.

“Kami turut berkembang ke Singapura, Filipina dan Hong Kong, menjadikannya lebih mudah bagi pemilik haiwan peliharaan di negara tersebut mengakses tawaran makanan kering premium kami,” kata Yap.

Pada Jun lalu, syarikat itu memperoleh pelaburan pembiayaan sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) daripada 500 Global dan First Move.

Berita itu menandakan satu perkembangan penting dalam perjalanan syarikat terbabit.

Modal baharu itu akan digunakan untuk memacu inisiatif strategik Notti termasuk melancarkan barisan produk baharu dan pengembangannya di rantau Asia Tenggara.

"Kami merancang menggunakan pembiayaan tersebut untuk meningkatkan dan mempelbagaikan penawaran produk kami sekali gus memberikan pilihan lebih baik untuk pemilik haiwan kesayangan," ujarnya. — The Star/RICHARD AUGUSTIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram