[VIDEO] Malang 3 kali ganda, wanita patah kaki kena lenyek motor selepas terjatuh ketika melintas jalan depan KLCC


  • Tular
  • Khamis, 22 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan keadaan mangsa yang terduduk di tepi jalan akibat kemalangan di depan KLCC pada Rabu.

SEORANG wanita mengalami kecederaan patah kaki selepas dilanggar lari ketika terjatuh semasa melintas di lintasan belang (zebra crossing) di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Kejadian yang difahamkan berlaku sekitar pukul 4.45 petang semasa cuaca hujan itu dikongsikan seorang pengguna di laman X.

"Kakak saya cedera, patah kaki dan luka di kawasan badan bahagian kanan. Suspek langgar dan lari ketika kakak saya jatuh," kongsinya yang dipercayai merupakan ahli keluarga mangsa.

Menerusi ciapan tersebut, dia turut memuat naik video memaparkan keadaan mangsa yang terduduk di tepi jalan akibat kemalangan yang berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki diikat kena belasah sampai mati lepas langgar pagar rumah di Kajang, 5 suspek dicekup polis

BACA LAGI: [VIDEO] Penyamun Rohingya selamba pecah pintu depan, curi PS4 dan barang kemas di Gombak

Difahamkan, ketika kejadian, lampu isyarat juga menunjukkan tanda berhenti bagi kenderaan di laluan tersebut.

Sehubungan itu, ciapan terbabit meminta mana-mana pihak yang memiliki rakaman dan berada di lokasi ketika kejadian supaya tampil membantu berkongsikan bukti insiden.

"Minta bantuan jika ada sesiapa yang nampak kemalangan motor langgar kakak saya di zebra crossing hadapan Avenue K dan KLCC," tulisnya.

Menerusi hantaran sama, pengguna itu memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam usaha mendapatkan rakaman kamera litar pintas (CCTV) yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram