[VIDEO] Pemandu lori selamba hisap rokok lepas jadi punca kemalangan maut di Nilai sah positif dadah


  • 112
  • Sabtu, 28 Sep 2024

Pemandu lori berkenaan (gambar kanan) dirakam seakan-akan tidak menunjukkan reaksi bersalah selepas dipercayai menyebabkan kemalangan maut di sebuah persimpangan di Nilai pada Jumaat.

PEMANDU lori pasir yang terbabit dalam kemalangan maut bersama lima kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Persiaran Golf, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat, disahkan positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, sampel air kencing lelaki berusia 30 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Lelaki itu direman empat hari sehingga 1 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada Sabtu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

2935882

Beberapa kereta lain turut terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan itu.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, seorang wanita berusia 31 tahun maut selepas terperangkap dalam kenderaannya manakala empat lagi cedera.

Pemandu lori dan empat lagi individu lain yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal menunjukkan pemandu lori terbabit hilang kawalan kenderaannya dan merempuh lima kereta yang berhenti di lampu isyarat merah.

Dalam beberapa video dimuat naik di media sosial berhubung kejadian terbabit, kelihatan lori berkenaan merempuh beberapa buah kereta dari arah belakang satu persimpangan sebuah lampu isyarat.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan apabila pemandu lori itu menunjukkan reaksi tidak rasa bersalah susulan kejadian itu dan tenang menghisap rokok di lokasi

Berdasarkan rakaman tersebut, pemandu terbabit yang memakai berbaju berwarna merah dan bertopi hitam sedang boleh duduk di tempat pemandu ketika orang ramai tampil mempersoalkan kecuaiannya yang menyebabkan kemalangan maut berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram