[VIDEO] Netizen 'sekolahkan' pemandu kecam trak tentera, polis konvoi di lorong kanan highway


  • Tular
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan pemandu jalan raya merakam kenderaan tentera dan polis yang menggunakan lorong kanan di sebuah lebuh raya baru-baru ini.

TINDAKAN seorang pemandu mempersoalkan kenderaan tentera dan polis yang menggunakan lorong kanan di sebuah lebuh raya menimbulkan kecaman dalam kalangan warga maya.

Namun setakat ini belum dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian ini dirakam.

BACA LAGI: Salahkan pemandu cucuk ambulans, Nga Kor Ming patut minta maaf — Netizen

BACA LAGI: Ada beza hilang kawalan dengan hilang akal, netizen gesa wujudkan undang-undang lindungi penunggang motosikal

Menerusi satu video tular yang dikongsikan di media sosial pada Sabtu, pemandu yang memandu di lorong kiri itu merakam aksi konvoi beberapa trak tentera yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis.

"Nak konvoi memang kena sebelah kanan ya? Tak boleh duduk lorong tengah ya?

"Kasihan orang belakang tak boleh memotong.

"Sekadar bertanya, konvoi ramai-ramai memang boleh duduk belah kanan macam itu ya?" soalnya.

Pengguna jalan raya tersebut mendakwa tindakan tentera berkenaan turut mengakibatkan kesesakan jalan raya di laluan itu.

"Aku nak tanya saja (sebab) aku tak tahu. Alamak, belakang tadi banyak kereta, rupanya sebab korang.

"Disebabkan korang, kereta di belakang jadi banyak (sangkut)," ujarnya lagi.

Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pertanyaannya yang disifatkan kurang bijak.

Muhammad Nurshazni Mohd Salleh berkata, askar yang sedang dalam konvoi sememangnya akan memandu di laluan kanan kerana mereka difahamkan sedang menjalankan urusan ketenteraan.

"Trak askar ni kalau bukan konvoi dia akan duduk sebelah kiri. Kalau konvoi dia akan duduk sebelah kanan.

"Biasanya mereka ini menjalankan urusan ketenteraan dan akan ada pengiring. Kalau abang berani selit depan-depan okay sahaja.

"Kalau ada bendera merah selit di depan lori biasanya dia bawak bahan letupan," tulisnya.

Menurut Nor Aziezah pula, difahamkan memang ada polisi yang membolehkan mereka menggunakan lorong kanan sewaktu menjalankan operasi.

"Ini urusan negara, banyak yang diangkut tu. Dia tak tutup jalan pun dah bagus.

"Mesti ada polisi yang membolehkan mereka guna laluan kanan. Tentera kot.. beri laluanlah, mereka barisan hadapan," katanya.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung video tular berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram