[VIDEO] 'Mesti lepas ni orang Simpang Pulai manis-manis je', ramai hentam komen tak sensitif warga TikTok


  • Massa
  • Ahad, 04 Feb 2024

Keadaan di lokasi kejadian akibat kemalangan yang membabitkan tujuh kenderaan membabitkan tiga lori dan empat kereta di Kilometer 288.1 PLUS arah utara, dekat Ipoh, Perak pada Sabtu.

TRAGEDI kemalangan yang membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh, Perak, pada Sabtu masih lagi menjadi bualan warga maya pada ketika ini.

Manakan tidak, kemalangan ngeri tersebut turut meragut dua nyawa dan salah seorang pemandu yang maut ditemui dalam keadaan badannya berkecai serta melekat pada rangka lori terbabit.

Difahamkan, dua mangsa yang maut dalam kejadian tersebut masing-masing merupakan pemandu lori gula pasir dan lori yang membawa muatan logam.

Pada masa sama, laluan di kedua-dua arah juga didapati terhalang oleh tumpahan gula pasir dan muatan logam yang dibawa oleh kenderaan yang terlibat.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut nahas 7 kenderaan di Ipoh, mayat pemandu melekat pada rangka lori

Beberapa video dan gambar kemalangan itu turut dimuat naik di media sosial. Namun apa yang tidak sedap dibaca, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata sensitif menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok, seolah-olah tidak menghormati keluarga mangsa.

"Mesti lepas ini orang Simpang Pulai manis-manis je," tulis seorang pengguna TikTok.

"Bersemutlah jalan," kata seorang lagi pengguna aplikasi itu.

Tangkap layar antara komen tidak sensitif warga maya di TikTok baru-baru ini.

Berang dengan komen 'kurang cerdik' yang dinyatakan oleh warga maya, seorang pengguna laman X (Twitter) tampil menyuarakan pandangannya berhubung situasi itu.

Dia turut menyenaraikan beberapa perkataan tidak sensitif yang digunakan oleh netizen bagi menggambarkan kemalangan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Famili sedih, pemuda masuk ICU lepas bergelut dengan polis narkotik Langkawi ketika isi minyak akhirnya meninggal dunia

"Tak sensitif langsung ya warga TikTok ini? Antara perkataan yang sangat tidak menghormati keadaan ialah sebab banyak sangat daging, ada plastik tak?

"Selain itu, ayat lain digunakan adalah salji manis dan nanti banyaklah semut datang.

"Yang komen bodoh (dan) yang layan komen pun bebal. Jangan disebabkan nak viewers (penonton), korang tak menghormati keadaan semasa," ciapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram