[VIDEO] Pemandu lori selamba hisap rokok, macam buat tak reti lepas rempuh 5 kereta, sebabkan kematian seorang wanita


  • Tular
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Beberapa kereta lain turut terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan itu.

LIMA sekeluarga dilaporkan maut selepas kereta berwarna putih dinaiki mereka dilanggar sebuah lori dalam kemalangan melibatkan beberapa kenderaan lain di persimpangan Desa Kolej, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Dalam beberapa video dimuat naik di media sosial, kelihatan lori berkenaan merempuh kereta terbabit dari belakang dengan kejadian berlaku di sebuah lampu isyarat.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pemandu lori itu seperti tidak rasa bersalah apabila menyebabkan kematian itu apabila dia masih tenang menghisap rokok.

BACA LAGI: [VIDEO] Buat kecoh lepas kemalangan, polis Klang buru suspek terlibat pergaduhan

BACA LAGI: Dilapor maut akibat kemalangan, Fayadh tampil tepis berita palsu

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik di laman Mynewshub, lelaki berbaju merah dan bertopi hitam berkenaan masih boleh duduk di tempat pemandu ketika orang ramai mempersoalkan kelakuannya.

Dalam video berdurasi 22 saat itu, individu yang mengakibatkan kemalangan itu ditanya mengenai majikannya, namun dia hanya mengatakan telefon miliknya rosak.

Soalan itu diajukan sambil pemandu berkenaan masih boleh menghisap rokok tanpa rasa bersalah meskipun sudah mengakibatkan kematian lima anggota keluarga tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, dalam kejadian itu, seorang wanita maut selepas mangsa tersepit di dalam kereta jenis Perodua Ativa dan parah pada badan serta kepala.

Menurutnya, kemalangan itu turut membabitkan empat kenderaan lain.

“Berlaku satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dan lima kereta di Jalan Persiaran Negeri. Siasatan awal mendapati ketika kejadian lori jenis Nissan itu dipandu seorang lelaki umur 30 tahun.

“Ia dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, menghala ke Pusat Bandar Nilai. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Persiaran Golf, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas.

“Lori itu kemudiannya dikatakan melanggar lima kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat berwarna merah,” katanya dalam satu kenyataan.

461472686_840221678272794_6957643431604169473_n

Lori tersebut melanggar kereta putih itu dari belakang di sebuah lampu isyarat.

Mat Ghani berkata, mangsa berumur 31 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat lagi mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza mengalami kecederaan ringan.

“Manakala pemandu lori tipper dan empat mangsa masing-masing menaiki kereta jenis Honda Civic, Nissan Serena dan Suzuki Swift tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambah Mat Ghani, mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban oleh orang awam dan ambulans bagi menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012- 9122198 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram