Hasrat ziarah kubur bapa tak kesampaian, 2 beradik maut motosikal rempuh tong roro tepi jalan di Melaka


  • 112
  • Selasa, 24 Sep 2024

Nur Afiqah dan abangnya, Muhammad Amirul meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika dirawat di Hospital Melaka.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan abangnya maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh tong sampah pukal atau roll-on roll-off (roro) yang ditinggalkan di bahu jalan di Lebuhraya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5, dan abangnya, Muhammad Amirul Hazlin berusia 18 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika dirawat di Hospital Melaka.

Beliau berkata, motosikal yang ditunggangi Muhammad Amirul itu merempuh tong sampah roro yang diletakkan di tepi jalan di lokasi kira-kira pada pukul 6.15 petang Isnin.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Christopher Patit berkata, dua beradik itu meninggal dunia antara petang Isnin dan awal pagi Selasa di hospital.

6310074524770616246

Keadaan di lokasi kemalangan pada Isnin. — Facebook

"Adik beradik itu dalam perjalanan menziarahi kubur bapa mereka di Bertam Hulu untuk disembahyangkan sebelum menyertai ahli keluarga lain untuk makan malam," katanya pada Selasa.

Christopher Patit berkata, siasatan awal menunjukkan Muhammad Amirul tidak menyedari keberadaan tong roro berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum merempuhnya.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kini sedang berusaha menjejaki pemilik 'roro'.

Beliau turut meminta saksi untuk tampil bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram