SEORANG anggota tentera maut selepas terkena tembakan dilepaskan individu dipercayai pemburu haram di daerah Song, Sarawak pada Isnin.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, ketika kejadian, mangsa yang berpangkat Koperal dan berusia 28 tahun sedang menjalani latihan di kawasan hutan berhampiran Batu 5, Jalan Balak Multiplus, Song.
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.57 pagi Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] DBKL nafi dakwaan video tular kejadian lubang benam baharu di Jalan Sultan Ismail
“Pengadu memaklumkan seorang tentera yang sedang menjalani latihan ditembak oleh orang awam yang sedang memburu di kawasan itu,” katanya.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kapit tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 7.43 pagi.
Siasatan kes tersebut masih sedang dijalankan. — The Star/ANDY CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram