Lapan tong kimia misteri dibuang dalam longkang di Sungai Buloh


  • 112
  • Khamis, 26 Sep 2024

Operasi membawa keluar tong tersebut masih diteruskan, dengan Hazmat, kakitangan dari agensi lain, termasuk JAS, Majlis Bandaraya Shah Alam, dan polis turut berada di tempat kejadian.

LAPAN tong dipercayai mengandungi bahan kimia dijumpai dibuang ke dalam longkang sedalam 30.4 cm di Sungai Buloh, Selangor.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Desa Aman di Sungai Buloh kira-kira pukul 9.02 malam Selasa.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

“Komander operasi melaporkan lapan tong cecair dipercayai bahan kimia ditemui di dalam longkang itu.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sampel awal untuk diuji," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata operasi masih diteruskan, dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), kakitangan dari agensi lain, termasuk JAS, Majlis Bandaraya Shah Alam, dan polis berada di tempat kejadian.

“Tong berkenaan belum dialihkan kerana kakitangan Hazmat masih mengumpul sampel,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram