[VIDEO] Seramai 13 budak GISB pernah diliwat — KPN


  • 112
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Seramai 13 kanak-kanak pernah menjadi mangsa liwat semasa tinggal di rumah amal GISBH.

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan seramai 13 kanak-kanak yang tinggal di rumah amal yang ada kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) pernah diliwat.

Razarudin berkata pada Jumaat yang jumlah itu dapat dikenal pasti selepas pemeriksaan dilakukan sebanyak dua fasa.

Pada fasa pertama, mereka mengesan seramai empat orang pernah diliwat sementara bakinya pada fasa seterusnya.

BACA LAGI: Soal siasat mangsa diselamatkan dari rumah amal GISB dijangka ambil masa 2 minggu — Ketua Polis Negara

BACA LAGI: [VIDEO] GISB nafi dera, eksploitasi kanak-kanak di Selangor dan Negeri Sembilan

Menurut Razarudin lagi, kanak-kanak yang berjaya diselamatkan pihak polis itu 10 daripadanya mengalami austime, kelainan upaya atau menghidap penyakit.

"Kami sedang melakukan lagi pemeriksaan lanjut untuk baki 392 kanak-kanak iaitu 202 lelaki dan 190 perempuan untuk menilai kesihatan mental dan kebajikan fizikal serta pertumbahan mereka.

"Mereka yang mengalami austime, kelainan upaya dan sakit sudah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Razarudin mengatakan pemeriksaan mendapati kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan luka dan baharu. Oleh kerana itu, polis melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti sejauh mana mental mereka terkesan akibat perkara tersebut. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram