TINDAKAN spontan sekumpulan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) mengumpul duit dan memberikannya kepada seorang pelajar menerima pujian dari warga maya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah kawasan di Nusa Tenggara Timur, Indonesia baru-baru ini.
Malah, melalui video yang tular di laman media sosial X (Twitter), @_jacobson91 sejak Ahad itu turut meruntun jiwa selepas pelajar sekolah menengah tersebut dilihat menangis terharu.
BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri
BACA LAGI: Francis Chai 'Crocodile Hunter' tanpa senapang, sentiasa hormati 'Bujang Senang'
Dalam video berdurasi kurang seminit tersebut, kelihatan kesemua anggota itu berada di dalam trak tentera.
Abang" TNI kerennya ga ada obat... pic.twitter.com/MdnzmXIGQV
— 4dr1an
Menurut pemilik asal video berkenaan @7Naga, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke markas selepas beberapa melakukan operasi keamanan di kepulauan tersebut.
Ketika melalui sebuah sekolah, pelajar yang hanya dikenali sebagai Nikson itu bertindak melambai dan berlari ke arah jentera sehingga mereka berhenti.
Turut kedengaran salah seorang daripada anggota meminta pelajar itu untuk terus kuat dan tidak menangis.
"Belajar elok-elok, jangan main-main. Biar habis sekolah nanti jadi tentera," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan sekumpulan anggota tersebut yang sanggup mengutip wang untuk diberikan kepada pelajar tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram