Alif Teega-Aisyah Hijanah dilarang hubungi saksi, mengaku tak bersalah 10 pertuduhan seleweng derma RM1.5 juta


Pasangan pempengaruh itu berdepan 10 pertuduhan atas dakwaan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM1.6 juta. — The Star

PASANGAN pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan atas dakwaan menyeleweng dana sebanyak RM1.5 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Mohd Hazalif atau lebih dikenali sebagai Alif Teega dan Aisyah Hijanah membuat pengakuan itu di hadapan hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud yang menetapkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Awang Kerisnada juga menetapkan 27 November nanti untuk sebutan semula kes serta memerintahkan kedua-dua tertuduh tidak menghubungi mana-mana saksi.

BACA LAGI: Dituduh seleweng dana infaq lebih RM63,000, Alif Teega mengaku tidak bersalah

BACA LAGI: Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan perintah reman pasangan 'influencer'

2921973

Alif Teega berdepan dua tuduhan menyalahgunakan dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq.

Sebelum ini, tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan di Makamah Sesyen Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menyerahkan pasportnya ke mahkamah tersebut.

Mereka juga diarah melaporkan diri kepada Suruhanjaya Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan.

Mengikut pertuduhan pertama, Alif didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, pempengaruh itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan JOM! SERTAI INFAQ DAGING QURBAN di bank yang sama pada 15 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara empat bulan hingga lima tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. — The Star/WANI MUTHIAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram